SEMBRONG, 2 Julai – Hafiz berkata, beliau sependapat dengan kenyataan Dr Asyraf Wajdi Dusuki, apa jua yang berlaku di peringkat dalaman parti kita seharusnya tidak mengenepikan fokus utama iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan memberi saingan terbaik terhadap pihak lawan.
Parti yang kuat adalah parti yang mempunyai displin, hala tuju dan prinsip yang jelas.
Bukan sahaja penting untuk para ahli sebagai panduan dan motivasi tetapi penting sebagai tawaran kepada umum, kerana UMNO sedang dinilai sebelum kembali diiktiraf.
Maka apa jua perbezaan pandangan dan sokongan terhadap sesuatu perkara haruslah tidak berlebih-lebihan sehingga menenggelamkan bahtera perjuangan.
Peka dan merdekakan jiwa dengan mendengar suara dan permintaan mereka di bawah. InsyaAllah akan ditunjukkan jalan yang sebaiknya.
Hafiz Ariffin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sembrong
Leave a Reply