KERAJAAN COPY PASTE

NUSAJAYA, 3 Julai – Kerajaan “COPY PASTE”. Itulah yang dapat disimpulkan daripada sesi Bicara Barisan Muafakat yang membincangkan topik Pendidikan dan Swadaya Insan Johor.

Dalam bidang pendidikan misalnya, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama daripada Dana Didik Johor kepada Dana Didik Harapan Johor, ungkap YB Abd Taib Abu Bakar. Umum diketahui, Dana Didik Johor merupakan sebuah dasar pendidikan yang telah diilhamkan oleh Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar suatu ketika dahulu.

Menurut Taib, dasar yang diperkenalkan semasa era pimpinan Barisan Nasional (BN) dahulu bertujuan untuk menggalakkan anak-anak Johor untuk menabung. Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan memberikan RM50 kepada anak-anak Johor sebagai permulaan tabungan. Sebelum itu, mereka perlulah mendaftar dengan Yayasan Pelajaran Johor yang menjadi pihak bertanggungjawab melaksanakan dasar ini.

Dasar ini seharusnya diperkasakan atau diberi penambahbaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti menambah jumlah pemberian tabungan kepada RM100 atau sebagainya, bukan hanya setakat tukar nama sahaja, ungkap Taib.

Tambah beliau lagi, tindakan kerajaan negeri PH kini menunjukkan seolah-olah mereka hanya menjadi jaguh dalam aspek pendidikan tanpa memberi kredit kepada ilham daripada BN Johor.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh seorang lagi panel iaitu YB Vidyanathan Ramanadhan. Menurut Vidyanathan, kerajaan PH turut menukar nama Unit Swadaya Insan Johor yang diperkenalkan zaman BN kepada nama Unit Strategik Modal Insan.

Negeri Johor merupakan negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan unit berkaitan sumber manusia, pekerjaan serta kemahiran. Usaha kerajaan BN terdahulu, dibuat mengikut kehendak kerajaan negeri yang selari dengan kemajuan serta peningkatan pelaburan negeri Johor yang membuka banyak peluang pekerjaan, ujar Vidyanathan.

Sebagai mantan pengerusi jawatankuasa yang memegang portfolio tersebut, Vidya menegaskan unit tersebut dilihat cukup penting dan agresif peranannya ketika itu. Namun, apabila PH mengambil alih, perlu ada langkah pemerkasaan dan tidak bukannya menukar nama.

Tambah Vidyanathan lagi, di bawah kerajaan BN Johor dahulu telah melahirkan ramai tenaga pekerja mahir. Bahkan, unit tersebut telah menyediakan bajet Tabung Kemahiran sebanyak RM5 juta. Berbanding kerajaan PH hanya mampu menyediakan 1.5 juta untuk bajet Tabung Kemahiran unit tersebut.

Tindakan mengurangkan bajet tersebut menunjukkan mereka (PH) tidak nampak fungsi peranan unit swadaya insan ini, jelas Vidyanathan. Mereka juga dilihat hilang fokus di masa Johor sedang berkembang dengan limpahan ekonomi. Dalam keadaan Johor yang sedang rancak ekonominya, beliau telah menzahirkan kebimbangan rakyat Johor tidak dapat mengecapi peluang kerja yang ada.

#BicaraBarisanMuafakat #BarisanMuafakat #UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: