TIPU HELAH PELUANG PEKERJAAN PH

NUSAJAYA, 3 Julai – Salah satu janji yang ditawarkan kepada kita orang muda oleh Kerajaan PH adalah mewujudkan “1 Juta” peluang pekerjaan. Hari ini di forum Barisan Muafakat saya mewakili Pemuda UMNO Johor membincangkan samada betul atau tidak janji ini dilaksanakan, sedang diusahakan atau dicapatikan.

Saya fikir PH tidak serius dalam usaha ini, malah apa yang dinampak adalah pengurangan peluang pekerjaan berserta keadaan ekonomi yang tidak meyakinkan. Hal ini boleh dibuktikan melalui beberapa contoh berikut.

Pertama, bagi sektor awam, kerajaan telah pun mengumumkan dan sedang melaksana pengurangan kakitangan awam seramai 17,000 orang. Yang lebih menyedihkan mereka tidak ditawarkan alternatif peluang pekerjaan lain. Hal ini terus berlarutan sehingga ke hari ini.

Manakala, bagi sektor swasta, hampir 20,000 kakitangan MMC-Gamuda diberhentikan kerja disebabkan kerajaan membatalkan projek MRT. Masih ingat lagi tak?

Diikuti dengan siri pembatalan projek-projek penting yang lain seperti HSR, kemudiannya penjualan aset-aset strategik kerajaan yang bernilai hampir 20 Billion seperti IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion) – rujukan MyTwocents.asia

Secara tidak langsung tindakan kerajaan ini akan mendorong syarikat-syarikat besar ini melakukan restructuring & retrenchment. Yang rugi adalah rakyat Malaysia dan anak tempatan. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak meyakinkan, sehingga hari ini hutang kerajaan meningkat sehingga 100 Billion, diikuti dengan pinjaman dari kerajaan Jepun melalui Bon Samurai, dan tidak lama lagi dari kerajaan China – Bon Panda.

Paras bursa saham Malaysia pula jatuh menjunam hampir 300 mata dari 1850 pada Mei 2018 dan ke paras terendah 1600 pada 2019. Secara jelas menunjukkan tidak keyakinan pelabur terhadap pasaran tanah air menyebabkan RM 160.72 billion netoutflow (pengeluaran dana asing bersih).

Kesemua ini adalah indikator terhadap keadaan semasa negara. Maka bagaimana kerajaan dapat wujudkan peluang pekerjaan sebanyak 1 juta jika keadaan berterusan sedemikian rupa? Yang kita lihat di berita, Menteri Sumber Manusia nak bawa masuk pekerja asing dari Afrika. Timbalan Menteri pendidikan kata graduan pendidikan dari Universiti Awam tidak dijanjikan peluang sebagai guru. Dan bermacam-macam lagi kenyataan yang menambah keresahan dan kemarahan rakyat khususnya kita orang muda.

Saya masih ingat menjelang PRU 14, sebuah Konvensyen Pemuda Pakatan Harapan diadakan. Diunjurkan 5 tawaran untuk orang muda seperti 1 juta peluang pekerjaan, pendidikan percuma dan macam-macam lagi. Yang membentangkannya pula dah jadi menteri sekarang ada Menteri Belia & Sukan, Menteri Alam Sekitar, MKT PPBM. Tetapi bila dah menang, dimana suara mereka? Lain pula yang diucapkan.

(Pautan video seperti berikut : https://www.youtube.com/watch?v=0cj0uF9Lfg8 )

Maka, apa yang boleh saya rumuskan bahawasanya memang tidak nampak usaha dan perancangan yang jelas oleh kerajaan untuk mewujudkan 1 juta pekerjaan. Jika saya silap, saya amat mengalukan kerajaan beri pencerahan kepada rakyat dan kami anak-anak muda tentang apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan. Jangan nanti orang kata harapan tinggal harapan.

Terima kasih Tuan Moderator Farid Firuz & sahabat panel Sdri. Norliza. InsyaAllah jumpa lagi di sesi yang seterusnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: