GESA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BANTU KESEMPITAN PENEROKA FELDA DAN PENDUDUK LUAR BANDAR

ISKANDAR PUTERI, 4 Julai – Menjawab kepada soalan keperluan Kertas Putih FELDA yang dibentangkan oleh Menteri Ekonomi Malaysia, Rashidah Ismail menjelaskan ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Apa yang lebih penting menurut beliau ialah kerajaan perlu mengetahui mengapa harga minyak sawit kita jatuh dan kenapa negara lain tidak mahu membeli minyak kita?

Beliau yang merupakan ADUN Pasir Raja turut mempersoal tindakan pihak Pakatan Harapan (PH) suatu ketika dahulu (semasa pembangkang) yang pernah mempromosi keburukan minyak sawit kepada negara luar.

Jelas beliau lagi, Kertas Putih FELDA juga dilihat tidak memihak kepada peneroka-peneroka tetapi lebih memihak kepada pihak GLC dan individu-individu yang ingin mengambil kesempatan terhadap FELDA.

Seorang lagi panel iaitu Dato’ Sharifah Azizah Syed Zain, beliau berpendirian kerajaan PH sedia ada kini ialah kerajaan “copy paste”. Kulit sahaja baharu, tetapi isi di dalam tetap sama”.

Dalam membicangkan soal pembangunan luar bandar, Sharifah menyatakan tindakan kerajaan PH merubah perancangan High Speed Rail (HSR) merugikan penduduk luar bandar.

Kerajaan PH sebelum ini pernah menyatakan pelan perancangan HSR yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) menelan belanja yang tinggi berbanding kos baharu yang diperuntukkan oleh kerajaan PH.

Jelas Sharifah lagi, apa yang rakyat perlu tahu jumlah kos yang rendah ini adalah disebabkan tindakan kerajaan PH yang memendekkan laluan HSR dan mengurangkan stesen-stesen di sepanjang laluan HSR.

Perubahan inilah yang dimaksudkan akan merugikan penduduk luar sebagai pemain industri yang dilihat boleh menjana ekonomi khususnya di laluan-laluan atau stesen-stesen di sepanjang laluan HSR, jelas beliau lagi.

“Dahulu mereka (PH) pandai cakap BN membazir, tetapi bazir-bazir pun kerajaan BN pandai cari duit”. Kerajaan PH sekarang pun kuat membazir dan apa yang lebih teruk PH telah merugikan negara dengan penjualan aset negara hampir mencecah RM20 billion, selar ADUN Penawar itu. Ia menjadi lebih teruk lagi apabila kadar hutang negara di bawah PH bertambah banyak walaupun baharu sahaja memerintah negara.

Di akhir sesi, kedua-dua panel memberi saranan kepada kerajaan supaya membantu serta memperkasa agenda penduduk luar bandar. Antaranya mempertingkatkan infra jalur lebar dan meluaskan perniagaan usahawan luar bandar dengan pemberiaan modal, penyediaan kedai mampu bilik yang bercirikan moden, saran Sharifah.

Beliau juga percaya jika PH mementingkan kesejahteraan rakyat, kerajaan PH kena teruskan mana-mana usaha BN yang baik serta bekerjasama membantu pengusaha-pengusaha kecil luar bandar.

Bagi Rashidah pula, kerajaan perlu meneruskan agenda membantu peneroka FELDA. Antaranya menunaikan janji mereka kepada peneroka dan meneruskan pemberian elaun sara hidup RM 1500. Ini kerana keadaan peneroka sekarang sedang terhimpit.

Justeru itu, kerajaan perlu membalas jasa peneroka yang telah banyak membantu meningkatkan ekonomi Malaysia. Beliau menyarankan kerajaan mencari semula pelabur luar, jangan war-warkan keburukan sawit dan merayu semula pada China untuk membeli sawit kita.

#BicaraBarisanMuafakat #BarisanMuafakat #UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: