ISKANDAR PUTERI, 4 Julai – Ketika sesi perbahasan YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad di dalam Dewan Undangan Negeri Johor mengingatkan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor tentang kerajaan terdahulu, kita adalah kuasa nombor 1 ekonomi dalam negara yang dipanggil “The New Economic Powerhouse”, yang telah mendahului Selangor dan Pulau Pinang dalam pelbagai
sektor.
“KERAJAAN GAGAL TUNAI JANJI”
Hasni berkata, beliau menjunjung titah DYMM TUANKU yang mahu “pihak pembangkang juga harus memainkan peranan untuk memastikan segala program kerajaan benar-benar memberi faedah kepada masyarakat umum dan dilaksanakan dengan betul juga teratur.
“PERANAN PEMBANGKANG PERLU DIIKTIRAF”
Selain itu, jelas YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad mengatakan titah tersebut memberikan gambaran bahawa peranan pembangkang perlu diiktiraf sepertimana di dalam manifesto Pakatan Harapan.
Demikian itu, Hasni melontarkan persoalan kepada kerajaan “Adakah kerajaan bersedia untuk menambah baik usaha untuk menjayakan manifesto Pakatan Harapan?.
Contohnya seperti, peruntukan kerusi pengerusi PAC kepada pihak pembangkang, jadi Bersediakah ?, Berupayakah ?, Terbukakah ? kerajaan PH yang ada pada hari ini untuk isi jawatan kerusi Pengerusi Kira-Kira Raya itu kepada pembangkang.
#UMNOJohor #JohorTetapJadiJohor #UMNOJohorOfficial #UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha
Leave a Reply