ISKANDAR PUTERI, 5 Julai – YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad memetik semula titah DYMM Tuanku Sultan Johor di dalam Dewan Undangan Negeri Johor ketika perbahasan berlangsung.
“TITAH DYMM TUANKU SULTAN JOHOR”
“Baginda sebagai pemerintah utama Negeri Johor akan sentiasa memerhati dan memberi teguran bagi memastikan Kerajaan Negeri Johor menjalankan tanggungjawab dengan baik, lancar dan teratur.”
“JOHOR MEMPUNYAI MENTERI BESAR TAK SAMPAI SETAHUN”
Hasni berkata, ternyata dalam jangka masa setahun ini di bawah pemerintahan Pakatan Harapan ini, walaupun kerajaan PH mengatakan jawatan Menteri Besar ini telah di hadkan selama 2 penggal.
Demikian itu, Negeri Johor mencipta sejarah mempunyai Menteri Besar yang tak sampai setahun pun, berpolitik sehingga menukar Menteri Besar ini adalah satu kegagalan yang besar bagi Kerajaan Negeri Johor di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
“TIADA HALA TUJU, PEGAWAI KERAJAAN DIPERSALAHKAN”
Merujuk kepada ucapan YB Adun Pemanis Dr Chong Fat Full yang mengatakan bahawa pegawai kerajaan jangan berada dalam keadaan yang selesa.
Hasni mengingatkan YB Adun Pemanis untuk mereka melihat sama ada pegawai kerajaan selesa atau pun tidak, pertamanya “Apa Perancangan Kerajaan Pakatan Harapan ?” dan juga “Apa Hala Tuju Kerajaan Pakatan Harapan ?”, apabila ada perancangan dan halatuju baru kita mampu untuk membuat ukuran dengan “Key Performance” pegawai kerajaan sama ada mereka mencapai sasaran atau pun tidak.
YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad mempersoalkan semula adakah “MENERAJUI PERUBAHAN, MENGGALAS HARAPAN, BANGSA JOHOR BESTARI” itu ialah perancangannya ketika mantan Menteri Besar yang lama membentangkan dalam Belanjawan Johor 2019 tempoh hari yang lalu.
Akhir sekali, bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan mengatakan hari ini bahawa kerajaan tiada duit ?, sedangkan Kerajaan Barisan Nasional dahulu meninggalkan 4 Billion di dalam rizab, ini satu jumlah kewangan yang besar, buatlah perancangan yang jelas kerana saya yakin pegawai kerajaan yang ada ini cukup Pengalamannya, Wawasannya, Kebolehannya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
#UMNOJohor #JohorTetapJadiJohor #UMNOJohorOfficial #UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha
Leave a Reply