EKSKLUSIF : KISAH MANGSA MyoKIMIA BUKA WAJAH SEBENAR KERAJAAN & WAKIL RAKYAT PASIR GUDANG

Lawatan Umno Bahagian Pasir Gudang ke kediaman pasangan En Idham & Pn Norlela bagi melawat Irfan Wafiy Idham Wazir, 12 membuka cerita sebenar keadaan mangsa Sg Kim Kim.

Jika bukan kerana tindakan berani En Idham selaku bapa yang meluahkan ketidakpuashatian bersama Menteri di sesi townhall yang videonya viral baru-baru sudah tentu tiada siapa mengetahui derita yang melanda anak beliau.

Malah difahamkan jika bukan kerana adik Irfan merupakan bukti sebenar kecuaian tindakan tidak bertanggungjawab Kerajaan dalam mengendalikan isu ini, pasti isu Sg Kim Kim akan ditutup oleh tangan-tangan ghaib.

Seharusnya, Menteri mengadakan sesi townhall bersama mangsa yang terlibat, bukan bersama pengilang. Suara dan kebimbangan keluarga mangsa perlu diberi keutamaan, bukan untung rugi kilang yang Menteri perlu risaukan.

Apa yang lebih mendukacitakan lagi, ADUN Permas, Dato Che Zakaria dan pegawai khasnya, Wan Hazan menjadikan isu ini seperti bahan jenaka. Beliau hanya mengambil gambar mangsa tanpa apa-apa sebarang tindakan susulan dan memberikan sumbangan hanya RM10.

Beliau juga mempermainkan keluarga dan mangsa kimia Sg Kim Kim dengan menjanjikan Majlis Berbuka Puasa. Sebaliknya mereka ditipu. Tiada apa-apa sebarang majlis berbuka puasa, hanya sumbangan barang keperluan rumah seperti beras, minyak, gula dan pati ros.

Sedangkan kesemua keluarga ini mengharapkan agar wakil rakyat tersebut mampu memberikan maklum balas berkaitan tindakan susulan kerajaan bagi membela mereka yang terjejas.

Adakah ini cerminan wakil rakyat yang telah dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat di Pasir Gudang?

Tragerdi kimia dan gas kali kedua di Pasir Gudang merupakan satu perkara yang boleh dielakkan jika kerajaan pada hari ini bertindak cepat dan lebih bersedia.

Malangnya, tiada satu pun perubahan yang di bawa oleh kerajaan PH dalam menjadikan Pasir Gudang lebih selamat.

Adik Irfan ialah satu daripada beribu genarasi Pasir Gudang yang perlu pembelaan daripada kerajaan. Jangan gadai masa depan anak-anak ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: