
ISKANDAR PUTERI, 5 Julai – Tindakan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar memuatnaik kenyataannya melalui laman sosial bagi menjawab soalan infografik kongsian facebook UMNOJohorOfficial semalam dianggap sebagai cubaan menutup kebenaran bersifat peribadi sekaligus mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kegagalan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) bertindak menangani bencana pencemaran di Pasir Gudang.
“Menteri sengaja nak ‘spin’ cerita atau dia keliru nak bezakan antara dia dan suaminya, kerana isu yang dipertikaikan sama ada dia mungkin mempunyai kepentingan peribadi di Pasir Gudang melalui kilang-kilang yang ada dia menjawab seolah-olah pembangkang tidak menghargai usaha yang dilakukan petugas-petugas di sana,” kata Datuk Ayub Rahmat, Mantan Pengerusi Kesihatan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor ketika diminta mengulas mengenai status laman sosial Yeo Bee Yin semalam.
Infografik yang dengan komen “Eh betul ke YB Yeo Bee Yin….? Patutlah lambat bertindak…sekejap “ganjil” sekejap “Unik itu telah mendapatkan reaksi segera daripada Yeo yang mendakwa status berkenaan sebagai penghinaan kepada petugas-petugas pelbagai agensi yang terlibat menangani insiden pencemaran di Pasir Gudang.
Ayub sebaliknya menyangkal dakwaan itu malah sebagai individu yang pernah mengetuai jawatankuasa khas bencana negeri amat menghargai pengorbanan semua kakitangan dan petugas terbabit kerana sanggup bertungkus lumus bekerja siang dan malam sekaligus meletakkan diri dalam golongan paling berisiko.
Kesal melihat keadaan yang berlaku, Ayub mengecam Menteri Besar yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan lepas tangan kerana membiarkan petugas-petugas terdedah dengan bahaya pencemaran dalam tempoh yang lama.
Leave a Reply