BATU PAHAT, 5 Julai – UMNO Bahagian Parit Sulong yang diketuai oleh YB Dato’ Zulkurnain Kamisan telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada hari ini.
Perasminya, YB Tan Sri Annuar Musa telah mengingatkan ahli-ahli UMNO agar terus yakin akan hikmah di sebalik cabaran yang dihadapi parti pada hari ini. Kita hendaklah teruskan permuafakatan, mengeratkan perpaduan sesama ahli dan mengelakkan persengketaan yang akan menyebabkan perpecahan dalam parti, ujar beliau.
Dalam pada itu juga, beliau telah menekankan akan peranan UMNO dalam portfolio utama parti iaitu memartabatkan Agama Islam dan seterusnya mempertahankannya daripada diancam oleh mana-mana pihak dalam negara kita. Dalam konteks ini, penyatuan ummah yang sedang dibina antara UMNO-PAS akan sentiasa menjadikan perkara tersebut sebagai keutamaan, selain daripada memartabatkan bangsa Melayu dan negara.
Manakala, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, YB Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam ucapannya berkata, “kekecewaan kepada kerajaan pada hari ini yang lemah dalam konteks kepimpinan, dasar dan hala tuju pentadbiran negeri, menyebabkan peranan pembangkang terutamanya di Johor ini amat penting sebagai entiti semak imbang yang efektif”.
Ditambah pula dengan pelbagai isu yang mempertikaikan hal berkaitan institusi Diraja, kerajaan negeri terus membisu tanpa menyatakan sebarang pendirian tegas dalam hal-hal tersebut. Contohnya terkini, dalam isu Plat Kenderaan kerabat Diraja yang dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen PH di Johor yang mengguris hati dan perasaan Bangsa Johor keseluruhannya.
Dalam konteks parti, Hasni menyatakan akan komitmennya dalam meningkatkan kerjasama dengan kepimpinan bahagian-bahagian dalam membuat keputusan yang sebaiknya secara bersama.
Terdahulu dalam ucapan Dato’ Zulkurnain, beliau menggesa agar ahli parti tidak berpecah dan menuntut UMNO di peringkat bahagian terus diperkuatkan. Ini penting supaya tidak berlaku perpecahan dalam UMNO yang akhirnya boleh merugikan parti.
Alhamdulillah. Tahniah UMNO Parit Sulong !
#UMNOJohor
#UMNOJohorOfficial
#UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha
#MadeInJohor
Leave a Reply