ISKANDAR PUTERI, 6 Julai – YB Dato’ Zulkurnain Kamisan mengatakan kerajaan terdahulu sudah melakukan yang terbaik buat golongan belia Negeri Johor.
Beliau mengutarakan persoalan demi persoalan di dalam Dewan Negeri Johor ketika perbahasan, “Mengapa Kerajaan Negeri Johor hari ini tidak meneruskan program-program yang baik untuk belia ?”.
Selain itu, Adun Sri Medan tersebut menegaskan bahawa mereka harus berfikir bahawa kepentingan belia mengatasi segalanya dan melangkaui fahaman politik mahupun prinsip ideologi.
Demikian itu, belia harus di asingkan di antara politik dan pembangunan-pembangunan yang lain.
Akhir sekali, beliau menasihatkan Kerajaan Negeri Johor supaya jangan sia-siakan golongan belia Johor, ini adalah sebuah perjuangan dan jihad kita.
Leave a Reply