KERAJAAN PH JOHOR IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU”

NUSAJAYA, 6 Julai – YB Datuk Onn Hafiz banyak membidas Pimpinan Kerajaan Negeri Johor dalam pelbagai isu yang membabitkan kestabilan dan kemajuan pembangunan Negeri Johor ketika perbahasan di dalam Dewan Negeri Johor yang lalu.

Beliau dengan tegas mengatakan “Cukup-cukuplah berpolitik, buat kerja sebagai kerajaan” ini merupakan satu kritikan yang melambangkan kegagalan kerajaan Negeri Johor dalam menangani pelbagai isu yang melanda Negeri Johor.

Selain itu, Adun Layang-layang itu mengibaratkan kerajaan PH Johor seperti “Tikus Membaiki Labu” yang bermaksud “Cuba memperbetulkan atau membaiki sesuatu tetapi tiada ilmu pengetahuan dan akhirnya menyebabkan ia semakin rosak”.

Beliau mengatakan kerajaan menunjukkan pencapaian yang hebat pada rakyat dengan bermacam-macam perkara, tetapi realitinya di bawah berbeza malah apa yg berlaku sebaliknya kerana rakyat sedang berhempas pulas di luar sana.

“Kos sara hidup sedang meningkat, anak-anak kita sedang bertarung nyawa di pasir gudang, anggota-anggota keselamatan bekerja siang dan malam untuk menyelamatkan mereka”

“Apa yang telah Kerajaan PH Johor buat telah gagal menangani isu-isu yang membelenggu rakyat hari ini”

Demikian itu, beliau mengingatkan supaya kerajaan fokuslah buat kerja, bukan fokus pada UMNO-PAS, kerana kami bukan kerajaan yang kerajaan adalah kamu disebelah sana, bantulah rakyat selesaikan masalah mereka.

Beliau mengingatkan Titah DYMM Tuanku Sultan Johor kepada YAB Menteri Besar Johor bahawa apa yang berlaku di pasir gudang adalah sesuatu yang memalukan.

Onn berkata turunlah padang, tengok dan lihat apa yang berlaku di bawah.

Akhir sekali, YB Datuk Onn Hafiz mengatakan YAB Menteri Besar bertanggungjawab keatas 3.6 Juta rakyat Johor, setiap ayah setiap ibu setiap remaja dan anak tidak kira agama dan bangsa yang telah bermastautin di Johor adalah merupakan di bawah tanggungjawab YAB Menteri Besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: