TUN PENYEBAB PARTI MELAYU BERPECAH ENAM.

JOHOR BAHRU, 6 Julai – 1. Terima kasih kepada Tun Dr. Mahthir Mohamad kerana sudi untuk hadir ke negeri Johor pada Sambutan Hari Raya PPBM Negeri Johor semalam. Tetapi jangan pernah sesekali menuduh sebarangan parti yang banyak jasanya pada beliau dan keluarganya.

2. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor yang diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

3. Beliau menyatakan bahawa parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.

4. “Dulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam.

5. “Bukan lagi majoriti 60 peratus, tapi setiap parti hanya 10 peratus sahaja. Saya harap bekas UMNO yang masih dalam UMNO perlu ingat, kita perlu bersatu untuk berjuang apa pun.

6. Pada hakikatnya, beliaulah pemecah belah parti Melayu sejak dahulu lagi. Pada zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan perdana menteri, 3 timbalan presiden Umno terpelanting, lahir Semangat 46, UMNO diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau. Begitu juga dengan hari ini, beliau ilhamkan PPBM untuk jadi pemecah undi Melayu.

7. Tidak perlulah jadi pemecah belah lagi Tun, jangan angkuh dan bongkak seolah-olah dia semuallah betul. Sedarlah diri dan banyakkan membuat amalan kebaikan. Jangan terlalu leka dengan nikmat dunia yang sementara ini.

8. Berikutan Tun punca pemecah belah parti DNA orang Melayu, sangat sesuai beliau dianggap sebagai Bapa Pemecah Belah Melayu. UMNO tidak akan sesekali menyahut seruan pengkhianat bangsa ini.

Jesteru mewakli Pemuda UMNO negeri Johor menyaran agar tiada orang luar yang cuba memecah belahkan penyatuaan ummah ini, saya juga bersyukur kepada Allah serta berharap agar Tun diberikan pentunjuk dan hidayah yang mana Pertubuhan Melayu Bersatu Malaysia (UMNO) inilah yang sering dan sentiasa membela nasib semua kaum dan Bangsa di Malaysia.

MOHD HAIRI MAD SHAH

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: