DASAR KELESTARIAN JOHOR MAMPU SELESAIKAN PENCEMARAN DI PASIR GUDANG

SEGAMAT, 7 Julai – Saya tertarik untuk memberi maklum balas terhadap ucapan penggulungan YAB Menteri Besar Johor hari ini semasa Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Johor Ke 14 mengenai ‘Cadangan Merangka Pelan Pembangunan Pasir Gudang Yang Lestari’ sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah pencemaran di kawasan berkenaan.

Suka saya mengingatkan agar Kerajaan Negeri Johor tidak hanya terus beretorik tetapi mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu pencemaran di Johor.

Untuk makluman YAB Dato Menteri Besar Johor, Kerajaan Johor di bawah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Johor telah melancarkan Dasar Kelestarian Negeri Johor pada tahun 2017 meliputi 5 Teras Utama iaitu Memulihara Warisan Alam, Gaya Hidup Berhemah, Menghijaukan Ekonomi, Menambah Baik Tadbir Urus serta Memantapkan Masyarakat.

Daripada 5 teras utama itu, terdapat 38 Sub Teras dan 256 PelanTindakan yang boleh dilaksanakan di dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Dasar Kelestarian Negeri Johor juga memfokuskan 11 buah program khusus dan salah satunya ialah Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Negeri Johor yang di pengerusikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor sebagai Jawatankuasa Induk. Di bawahnya terdapat empat Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan oleh YB Exco iaitu Pembangunan, Industri, Kejiranan dan Adaptasi.

Malah Johor merupakan negeri yang pertama di Malaysia yang mengemudi Program Masyarakat Rendah Karbon yang mensasarkan penurunan karbon sebanyak 40% di lima buah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Pasir Gudang, dan melalui Green Accord Initiative Award (GAIA) Iskandar Malaysia, Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan kepada pemaju, pemain industri dan individu yang terlibat di dalam kelestarian alam sekitar.

Namun sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Johor semua inisiatif ini seolah olah telah tidak lagi diperlukan dan kenyataan YAB Menteri Besar Johor hari ini membuktikannya.

Sewajarnya Kerajaan Negeri Johor sentiasa bekerjasama rapat dengan UPEN Johor, Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia (IRDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan kepakaran teknikal mereka di adaptasi dengan semaksima mungkin bagi memastikan kejadian pencemaran seumpama ini dapat dikawal dan tidak sering berulang.

Tidak di nafikan pernah berlaku kejadian pencemaran di Pasir Gudang yang telah dikenali sebagai kawasan perindustrian sejak tahun 1985 lagi. Namun, di dalam usaha menangani masalah pencemaran dan alam sekitar, setiap permasalahan, punca dan kesan kepada masyarakat tidak boleh di sembunyikan daripada rakyat, dan keputusan segera dan tepat amat diperlukan bagi membolehkan usaha mengatasi di jalankan dengan kadar segera.

Dan di dalam masa yang sama, diharapkan kerajaan Negeri Johor dapat meneruskan melaksanakan dasar utama, pelan strategik dan pelan tindakan yang telah dirangka oleh kerajaan terdahulu dengan bantuan kepakaran di dalam dan di luar negara.

AYUB BIN RAHMAT
Bekas Exco Alam Sekitar Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: