Pindaan RUU Akta Belia 668: Bukti Syed Saddiq Tidak Kompeten – Azleen Ambros

PASIR GUDANG, 8 Julai – Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 3hb Julai 2019 telah mendapat sokongan Dewan Rakyat untuk membuat pindaan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), dengan memberi takrifan baharu julat umur belia dari 15 ke 30 tahun.

Namun apa yang sebenarnya memeranjatkan, selepas pindaan ini berjaya dibuat, sekurang-kurangnya empat buah kerajaan negeri iaitu Perlis, Sarawak, Selangor dan Johor telah membuat kenyataan balas untuk mengekalkan takrifan belia sedia ada. Difahamkan juga dalam masa terdekat, beberapa buah negeri lain akan turut membuat kenyataan untuk mengekalkan takrifan umur belia bagi negeri masing-masing.

Malah, beberapa pihak berkepentingan termasuklah pertubuhan induk Majlis Belia Malaysia (MBM) dan lain-lain pertubuhan belia menyatakan ketidakpuasan hati dan perasaan terkejut mereka mengenai pindaan tersebut.

Ini jelas menunjukkan bahawa Menteri bertanggungjawab YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak kompeten dalam menjalankan tugas memandangkan penolakan kepada pindaan RUU ini. Ianya bukan sahaja tidak mendapat sokongan kerajaan negeri, malah kebanyakan pemegang taruh serta lain-lain pihak berkentingan juga menolak takrifan baharu julat umur belia yang dicadangkan melalui pindaan RUU tersebut.

Penolakan secara jelas tersebut menunjukkan bahawa tidak ada proses rundingan, konsultasi serta partisipasi yang betul-betul menyeluruh dilakukan oleh pihak Kementerian sebelum pindaan RUU tersebut dibentangkan kepada Dewan Rakyat. Apatah lagi perkongsian mengenai hasil serta dapatan kajian empirikal untuk menyokong asas-asas serta hujah pihak KBS untuk menyokong pindaan tersebut, juga tidak dilakukan.

Persetujuan di peringkat Kabinet sahaja tidak mencukupi bagi satu-satu pindaan Akta, yang mana Kementerian atau agensi bertanggungjawab perlu susuli dengan pelbagai lagi rundingan dan konsultasi dengan banyak pihak berkepentingan di pelbagai peringkat.

Ada juga pandangan mengatakan bahawa masa yang diperlukan sebelum pindaan dibuat kepada satu-satu Akta adalah tidak kurang 2 tahun bagi memperhalusi setiap cadangan dan maklum balas dari semua pihak berkepentingan.

Jelas menunjukkan bahawa ketempangan dalam proses dan prosedur berkaitan pindaan RUU ini sebagai cerminan ketidakcekapan dan kompetesi beliau sebagai seorang Menteri boleh dipertikaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: