ISU HINA WARGA PENEROKA FELDA: UMNO JOHOR SENADA TARIK SEMULA ANUGERAH IKON FELDA DAN BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA

JOHOR BAHRU, 9 Julai – Semalam tular isu penghinaan Chef Wan terhadap warga peneroka FELDA. Chef Wan atau nama sebenar beliau Datuk Redzuawan Ismail yang baru-baru ini dilantik sebagai Ikon FELDA telah mendapat kritikan hebat daripada rakyat Malaysia khususnya warga peneroka.

Beliau yang terkenal dengan program masakan itu telah dilantik sebagai Tokoh Ikon FELDA sempena Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Rompin, Ahad lalu. Tidak sampai sehari bergelar ikon FELDA, beliau telah menyifatkan golongan peneroka FELDA sebagai pemalas. Bukan itu sahaja, chef selebriti itu turut menyelar warga FELDA hanya mengharapkan sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Lebih menyedihkan lagi, Ikon FELDA itu turut menyamakan golongan berkenaan seperti kucing. “Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua, tiga bini lagi dan beranak-pinak macam kucing! Ini cerita betul yang pernah berlaku dalam kebanyakan warga FELDA. Sikap buruk mereka hari ini ada yang sampai turun ke anak cucu,” katanya menerusi status dalam akauan Instagram miliknya.

Isu ini telah mendatangkan kemarahan warga FELDA. Antara yang bangkit menyelar penghinaan Chef Wan ini ialah Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM). Presidennya, Muhammad Fadzli Hasan berkata, MBFM kesal dengan tindakan biadab Chef Wan mengkritik warga FELDA dan tindakan itu tidak dapat dimaafkan kerana ia melibatkan maruah peneroka FELDA.

Fadzli turut menggesa Anugerah Ikon FELDA 2019 yang diberikan kepada Chef Wan perlu ditarik balik serta selebriti itu harus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh peneroka FELDA serta generasi baharu FELDA di atas penghinaan dilakukan. Fadzli turut mempertikai pemilihan Chef Wan yang dianggap sebagai tidak menyebelahi warga FELDA serta turut mempersoal apakah sumbangan Chef Wan kepada FELDA?

Selain itu, Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JPPK) menyifatkan cemuhan Chef Wan kepada golongan peneroka FELDA sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab. Ketuanya Sulong Jamil Mohamed Shariff menyelar tindakan biadap dan kurang ajar chef selebriti tersebut.

Beliau sebagai anak peneroka tidak sepatutnya bercakap begitu. “Bukan semua orang jahat dan bukan semua tidak pandai menyimpan duit. Dia pun jangan anggap diri dia sahaja yang terbaik”, selar Sulong Jamil.

“Dia sendiri apa sumbangan kepada masyarakat FELDA? Dia popular dari segi masakan tetapi adakah hasil usaha itu digunakan semula untuk membantu anak-anak FELDA, membiayai tuisyen mereka? Tidak ada., soal Ketua JPKK tersebut.

“Janganlah disebabkan dinobatkan sebagai Tokoh Ikon FELDA, dia terus bermulut celupar dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh. Ramai lagi anak-anak FELDA yang lebih

berjaya,” kata Sulong lagi.

Selain itu, Kami Anak FELDA (KAF) yang merupakan salah satu NGO di bawah naungan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) turut menyelar tindakan tidak bertanggungjawab . Menurut KAF, ia jelas suatu penghinaan kepada warga peneroka dan turut mendesak anugerah Ikon FELDA ditarik balik dengan segera. Pada masa yang sama, Dewan Muda Johor (DMJ) turut menuntut Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada peneroka dan generasi baharu FELDA di atas keterlanjurannya menghina komuniti tersebut. Ahlinya, Abdullah Thawab Kassim berkata, Chef Wan sepatutnya memberi kata-kata semangat kepada peneroka yang kini mengalami kegusaran hidup akibat penurunan harga minyak sawit serta bertanggungjawab dalam mengembangkan intelektual komuniti FELDA dan generasi baharunya.

Abdullah Thawab turut mengingatkan chef selebriti tersebut bahawa para peneroka sebelum ini telah berhempas pulas dan sanggup meninggalkan keluarga untuk seketika waktu demi meneroka tanah yang disediakan kerajaan mengubah kehidupan mereka. “Mereka tidak sepatutnya dihina atas pengorbanan dilakukan selama ini dengan penghinaan yang sedemikian”, ujar Abdullah Thawab.

UMNO Johor senada dengan suara-suara warga peneroka FELDA yang mengecam tindakan biadap dan kurang ajar Chef Wan. UMNO Johor turut berharap agar, chef selebriti itu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh warga peneroka FELDA dan menggesa pihak berwajib untuk menarik balik anugerah Ikon FELDA yang diberikan kepada chef tersebut. Tindakan biadap beliau sudah pasti menambah guris hati seluruh warga FELDA yang sedia kita tahu tidak dijaga kebajikannya oleh kerajaan Pakatan Harapan, Sehingga ke hari ini, Chef Wan, anak FELDA daripada generasi kedua FELDA Sungai Koyan, Pahang masih membisu dan tidak memohon maaf kepada warga peneroka FELDA.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO

Rujukan sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/36651/BERITA/Nasional/MBFM-gesa-anugerah- Ikon-FELDA-Chef-Wan-ditarik-balik

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cef-wan-biadab-1.932815

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/chef-wan-perlu-mohon-maaf-secara-terbuka-kepada- warga-FELDA-dmj-1.932786#.XSM0WGaZ4lA.whatsapp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: