MENGURUS PENTADBIRAN GAGAL, MENGURUS KRISIS PUN GAGAL

Seperti laporan berita yang dikeluarkan Astro Awani bertajuk ”Yeo enggan ulas isu pencemaran Pasir Gudang, tumpuan pada Kempen #MyButterflyEffect” pada 5 Julai 2019, UMNO Johor Official terpanggil untuk membuat sedikit tinjauan umum berkenaan kenyataan YB Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang mengatakan beliau hanya ingin memberikan tumpuan kepada kempen #MyButterflyEffect untuk Pavilion Malaysia sempena Ekspo 2020 Dubai (Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/yeo-enggan-ulas-isu-pencemaran-pasir-gudang-tumpuan-pada-kempen-mybutterflyeffect-211934 )

Hasil tinjauan tersebut, 98% bersetuju dengan pandangan bahawa YB Menteri seharusnya menumpukan kepada Isu Bencana di Pasir Gudang sehingga selesai bagi mengelakkan daripada berlaku kali ke-3.

Namun, kenyataan YB Menteri tersebut tentunya amat mendukacitakan kepada warga Pasir Gudang keseluruhannya. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan diperingkat negeri yang seolah-olah tidak mempunyai penyelarasan yang tersusun dalam menangani isu ini. Buktinya apabila Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hassan Abdul Karim yang terkilan apabila pihak berkaitan yang menguruskan pencemaran di daerah ini seakan ‘meminggirkannya’ kerana tidak pernah melibatkan beliau termasuk tiada kerjasama atau maklumat diberikan kepadanya.
(Sumber: Utusan Online http://m.utusan.com.my/mega/kesihatan/angkuh-hassan-karim-terkilan-1.927901 )

Walau bagaimanapun, YAB MB Johor ketika sidang DUN baru-baru ini memaklumkan bahawa telah menubuhkan dua jawatankuasa bagi memantau pencemaran di Pasir Gudang. Pertama, Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Saintifik, kedua adalah Jawatankuasa Jawatankuasa Pemantauan. Kedua-dua jawatankuasa ini akan bermesyuarat secara berkala dan memberi laporan terus kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar setiap bulan. Justeru, diharapkan agar kewujudan kedua-dua jawatankuasa dan exco bertanggungjawab tersebut dapat menyelesaikan isu tersebut secara keseluruhannya, agar tidak berulang lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: