PELANTIKAN TAN HON PIN SEBAGAI PENGERUSI PAC BUKTI KERAJAAN PH JOHOR TAKUTI PEMBANGKANG

KERAJAAN PH JOHOR LANGGAR MANIFESTO, LANTIK ADUN KERAJAAN SEBAGAI PENGERUSI PAC DUN JOHOR

JOHOR BAHRU, 9 Julai – Usai Dewan Muda Johor (DMJ) menyerahkan Memorandum cadangan reformasi DUN Johor pada pagi Ahad lalu (7 Julai 2019), Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal pada ucapan penggulungan beliau di Sidang DUN Johor telah melantik YB Tan Hon Ping, ADUN Skudai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Raya (PAC) yang baru, bagi mengantikan YB Tan Chan Chen Choon, ADUN Tenang yang diangkat menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.

Pelantikan ini secara jelas bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan di peringkat persekutuan yang menjanjikan agar Pengerusi PAC perlu diberikan kepada pihak pembangkang bagi mewujudkan suasana ‘semak & imbang’ dan dalam masa yang sama untuk meningkatkan wibawa Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebagai contoh, di Parlimen Malaysia, Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir telah melantik Datuk Dr Noraini, Ahli Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional sebagai Pengerusi PAC dalam usaha Kerajaan PH mematuhi manifesto mereka.

Namun tindakan Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Sahruddin Jamal bertindak melantik ADUN daripada blok kerajaan sebagai Pengerusi PAC amat mengecewakan DMJ kerana secara jelas bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan dan Reformasi DUN Johor yang DMJ dambakan.

Peranan dan mandat PAC adalah sangat penting untuk menyemak semua akaun awam dan memeriksa laporan audit negeri. PAC mempunyai kuasa untuk menyiasat semua urusan kerajaan dengan memanggil barisan Exco dan ketua agensi kerajaan untuk menjelaskan sebarang kemusykilan pihak jawatankuasa sendiri mahupun oleh orang ramai. Jika Pengerusi PAC dilantik daripada ADUN kerajaan, maka dikhuatiri berlakunya siasatan tidak telus dalam soal perbelanjaan kerajaan negeri, dan pelbagai lagi.

DMJ juga tidak pasti apakah yang ditakuti oleh Kerajaan PH Johor dalam isu melantik pembangkang sebagai Pengerusi PAC ini. Tindakan ini sangat mencurigakan dan seolah-olah bertindak untuk menyembunyikan sesuatu daripada umum.

Dalam hal ini, DMJ berikrar akan terus menjadi ‘third force’ dan kuasa pendesak untuk mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk melantik wakil pembangkang sebagai Pengerusi PAC dan memenuhi janji manifesto mereka.

DMJ turut berharap pihak pembangkang DUN Johor berkongsi aspirasi yang sama dan mencontohi semangat pembangkang di Parlimen Malaysia yang bersungguh-sungguh memperjuangkan jawatan Pengerusi PAC ini dengan mendesak Tun Dr Mahathir mengantikan YB Ronald Kiandee dengan Datuk Dr Noraini sebagai Pengerusi PAC, walaupun pada awalnya Tun Dr Mahathir enggan berbuat demikian. Pembangkang Johor perlu memperjuangkan hak ini sehingga Kerajaan Negeri Johor menyerahkan jawatan Pengerusi PAC tersebut kepada pihak pembangkang!

#ReformasiDUNJohor
#KuasaPendesak

Sumber Facebook MUDA : https://www.facebook.com/mudaarusbaru/photos/a.539013796456296/859938094363863/?type=3&theater

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: