JANGAN BIAR IA JADI BARAH & MEMBUNUH POTENSI BELIA

SEGAMAT, 10 Julai – Semua pihak diminta kembali merujuk kepada Al-Quran dan Sirah Kenabian di dalam menentukan had usia belia yang menimbulkan konflik politik serta tidak diiktiraf di beberapa buah negeri.

Jika perkara ini tidak di tangani secara bijaksana, ia akan menjadi barah yang boleh membunuh potensi golongan belia tidak kira daripada segi kepimpinan, keusahawanan mahupun kemasyarakatan.

Di dalam Al Quran, Surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud ‘Kami Perintahkan kepada Manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibu yang mengandungnya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun ia berdoa : Ya Tuhanku, tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang orang yang berserah diri’.

Sirah Kerasulan Nabi Muhammad SAW pula menjelaskan kepada kita Peristiwa Gua Hiraq di mana kali pertama Nabi menerima wahyu, sebelum dakwah Islamiah dijalankan dan berkembang dengan pesat sehingga hari ini.

Jika kita jujur dan ikhlas memahami maksud Al Quran dan Sirah Kerasulan, sudah pasti tidak akan timbul perbezaan pendapat yang berpanjangan seperti yang berlaku pada hari ini.

Sebagai Bekas Pengerusi MBD Segamat, saya yakin perbalahan yang berpanjangan antara pemimpin kerajaan ini akan dapat di selesaikan jika masing masing merujuk kepada pemegang taruh sebenar belia, iaitu belia berpersatuan.

Dan di dalam masa yang sama, Belia Johor amat beruntung kerana Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibn Sultan Ibrahim sentiasa rapat dan bergerak seiring dengan Agenda Pembangunan Belia dan Gerakan Sukarelawan serta sentiasa memberi pandangan pandangan yang bernas ke arah kepermekasaan belia di negeri Johor.

Ia pasti akan memberi motivasi serta sikap kenal diri di kalangan Belia Johor untuk menghadapi cabaran di masa hadapan

AYUB BIN RAHMAT

Bekas Pengerusi MBD Segamat 2002 – 2010

Tokoh Belia Johor 2007

Jasa Belia Johor 2010

Pingat Jasa Cemerlang MAYC (JC) 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: