RAJA DIHINA: APA SEBENARNYA PENDIRIAN PH?

1. Selepas pimpinan DAP menyeru rakyat bersolidariti dengan pesalah jenayah menghina Institusi Raja-Raja Melayu, kini bakal PM Anwar Ibrahim pula menyatakan kesediaan bertemu dengan PM Tun Mahathir bagi membincangkan mengenai isu hukuman ke atas Wan Ji.

2. Persoalannya apakah Anwar Ibrahim cuba mencampuri urusan kehakiman yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini?

3. Bagi Pemuda UMNO hukuman 1 tahun penjara ke atas bekas Penasihat Agama Lim Guan Eng itu masih boleh dianggap ringan berbanding pelbagai ungkapan penghinaan yang dilemparkan oleh Wan Ji melalui status facebook beliau.

4. Sekiranya Malaysia mengamalkan undang-undang Lese-Majeste seperti di Thailand, tindakan-tindakan penghinaan seperti ini akan dihukum dengan berat oleh pemerintah. Di Thailand umpamanya seorang peguam terkenal Prawet Prapanukul dijatuhkan hukuman penjara 150 tahun kerana menghina Raja. Malah mengikut laporan Kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia, sehingga 2017 sekurang-kurangnya 93 kes menghina raja membabitkan 138 individu didapati bersalah sejak tentera merampas kuasa. Apa sangat 1 tahun penjara jika dibandingkan apa yang berlaku di negara jiran Thailand!

5. Pemuda UMNO juga tertanya-tanya (i) Di mana suara parti-parti Melayu seperti PPBM dan PAN dalam Pakatan Harapan? (ii) Apakah pendirian sebenar PH apabila komponen mereka pertahankan pesalah jenayah yang jelas menghina institusi Raja? (iii) Apakah rakyat Malaysia masih boleh menyandarkan harapan kepada PH untuk memelihara dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan?

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

11 Julai 2019

Sumber :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: