SAYA KONSISTEN, TIDAK AKAN MENINGGALKAN UMNO

Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein hari ini mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno untuk menyertai PPBM.

Hishammuddin berkata beliau percaya Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad tahu kedudukannya sekarang dan sebelumnya.

“Banyak yang menuduh saya bermacam perkara. Tetapi saya konsisten, saya tidak akan meninggalkan parti itu. Justeru itu, dalam konteks perpaduan, untuk menyatukan orang Melayu dan Islam, saya fikir ia adalah penting bagi kita untuk mencari kaedah terbaik.

“Anda lihat, sebelum ini orang tidak mengharapkan PAS dan Umno boleh berganding bahu. Tidak mustahil pada masa itu.

“Meskipun sekarang, walaupun tidak mustahil saya meninggalkan Umno, tetapi dalam menyatukan orang Melayu, adalah penting bagi kita untuk melihat perkara ini secara membina dan terus membincangkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata tawaran awal Mahathir untuk menyertai PPBM kini diubah kepada individu, pemimpin dan ahli parti.

“Dalam hal ini, saya ingin menegaskan saya sendiri tidak akan meninggalkan parti itu. Adalah penting bagi masyarakat untuk memahami pendirian kami,” katanya.

Ditanya sama ada Mahathir mendekati beliau selepas cadangan itu, Hishammuddin enggan mengulas, sebaliknya berkata beliau bertemu dengan ramai orang.

“Apabila datang kepada perpaduan Melayu, ia merentasi pertimbangan politik, emosi, pertimbangan peribadi.

“Saya konsisten dari awal. Sesiapa yang mahu bertemu dengan saya atas ‘perpaduan’, saya akan berjumpa. Tetapi jangan minta saya meninggalkan parti kerana saya percaya Umno mampu melihat perjuangan yang lebih besar.

“Bagi saya perlu dijelaskan supaya orang tidak mengambil kesempatan daripada pihak yang mengelirukan di luar sana, menimbulkan isu dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya,” katanya. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: