‘ KBS BERTINDAK MELULU TANPA MENGKAJI IMPLIKASI HAD UMUR BELIA’

1. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kulai (Pemuda Kulai) amat kesal dengan perkembangan muktahir ini berkenaan Akta 688 Akta Pertubuhan dan Perkembangan Belia mengenai had umur belia yang telah diputuskan oleh Dewan Rakyat baru baru ini.

2. Pemuda Kulai melihat Menteri Belia dan Sukan tidak memfokuskan kepada pembangunan belia tetapi menggunakan akta sedia ada untuk menyekat perkembangan potensi belia sebenar samada bakat kepimpinan, keusahawanan, ekonomi dan kemasyarakatan.

3. Malah keengganan Selangor, Sarawak, Perlis, Kedah, Pahang, Terengganu dan Johor mengiktiraf had umur yang baru bukti nyata pembohongan besar yang telah dilakukan oleh Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.

4. Di Johor sebagai contoh, perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibn Almarhum Sultan Iskandar dan pandangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor telah diterima oleh kerajaan negeri, dan diputuskan bahawa Johor akan mengekalkan umur belia pada had 40 tahun.

5. Peranan dan fungsi 222 buah Youth Power Club(YPC) yang ditubuhkan dengan dana RM50 juta juga dilihat bertindih dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Belia Daerah dan Persatuan Belia akar umbi.

6. Janji YB Menteri untuk menurunkan kadar Pengangguran Belia daripada 11% kepada 10% ternyata bukan janji kosong. Dengan menurunkan had umur belia kepada 30 tahun, YB Menteri telah menurunkan sehingga 9% kadar pengangguran belia di Malaysia.

7. Tahniah kepada rakyat Malaysia khususnya kepada para belia dan Anak Muda yang telah mengundi Pakatan Harapan tempohari. Hari ini semua permasalahan yang melanda belia akan di hapuskan oleh YB Menteri dengan had umur baru ini. Agenda tersembunyi yang di jayakan oleh YB Syed Saddiq ini, sekaligus akan menjadi alasan utama satu juta peluang pekerjaan, gaji minima dan penurunan kos sara hidup hanyalah harapan tinggal harapan.

7. Justeru, Pemuda Kulai akan terus bangkit dan memastikan agar segala penipuan dan pembohongan yang dilakukan ini terus dibongkar agar rakyat tahu dan sedar natijah dan kesan buruk kepada rakyat secara keseluruhannya.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KULAI 2019

AJK pemuda bahagian kulai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: