AMAL DAN USAHA : UMNO TEBRAU TERUS BANTU ASNAF

TEBRAU, 15 Julai – Kepimpinan Biro Kebajikan serta kepimpinan Sayap Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau telah melawat dan mengambil langkah pantas menyalurkan bantuan kepada sebuah keluarga asnaf di Ulu Tiram. Lawatan UMNO Tebrau ke rumah keluarga tersebut turut disertai oleh wakil daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Persatuan Belia 4B Tebrau.

Bantuan tersebut telah disalurkan melalui pihak Surau Jumaat As-Salam. Menurut salah seorang AJK surau tersebut, Puan Nurul merupakan suri rumah sepenuh masa manakala suaminya pula bekerja sebagai mekanik kedai penghawa dingin. Keluarga tersebut mempunyai 9 orang anak yang mana anak sulung mereka berusia 9 tahun dan yang paling kecil (pasangan kembar) baru berusia 1 tahun 5 bulan.

Sehubungan dengan itu, pihak surau sangat mengalu-alukan sekiranya ada qariah yang sudi menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk pakaian makanan ataupun wang ringgit.

Pada masa yang sama, pihak UMNO Tebrau yang mewakili suara masyarakat setempat menzahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin setempat khususnya ADUN Tiram iaitu YB S.Gopalakrishnan kerana tidak menghulurkan sebarang bantuan. Sikap beliau yang sedemikian menunjukkan beliau yang dilantik wakil rakyat dan juga yang telah diberi mandat tidak peka serta tidak menjalankan tanggungjawab membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Pihak surau sempat merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Tebrau kerana peka dan prihatin terhadap masalah rakyat setempat yang memerlukan bantuan.

Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah disalurkan melalui pihak AJK surau ataupun boleh juga terus melawat keluarga Puan Nurul di alamat No. 15 Jalan Berlian 8, Taman Nora, Uli Tiram atau memasukkan bantuan dakam bentuk wang ringgit ke dalam akaun BSN: 01136-41-00004827-6 atas nama NURUL SYUHADA BINTI ADNAN.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOTebrau

Sumber Facebook : https://www.facebook.com/zainal.basiran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: