Mitos Pakatan Harapan Johor: 100,000 buah rumah mampu milik dalam masa 5 tahun – Azleen Ambros

1. Sebelum PRU-14, Pakatan Harapan Johor berjanji untuk bina 100,000 buah rumah mampu milik dalam masa 5 tahun (iaitu sebelum atau pada tahun 2023), jika mereka berjaya dalam PRU.

2. Semalam, memetik laporan Ketua Audit Negara 2018, seperti juga yang dilaporkan media Malay Mail, Kerajaan Negeri Johor di bawah Pakatan Harapan memerlukan masa 51 tahun untuk mencapai sasaran tersebut. Ada perbezaan besar 46 tahun.

3. Memanglah sudah jadi satu kenyataan bahawa Pakatan Harapan termasuklah mereka di Johor kini sinonim dengan sifat-sifat seperti penipu dan pembohong, bukan sahaja dalam berbuat janji malah dalam nak melaksanakan janji.

4. Yang kita kesian, fikirkan nasib pengundi yang mengharapkan kononnya Pakatan Harapan akan membuat sesuatu yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional sebelum ini. Ternyata itu hanya mitos & palsu belaka.

5. Tatkala rakyat dibelenggu dengan dilema harga rumah & kos sara hidup yang makin melambung, sewajarnyalah kerajaan main peranan bantu dengan dasar dan strategi yang betul.

6. Bekalan (supply) rumah mampu milik boleh ditingkatkan dengan dasar perumahan yang menyeluruh dan jelas, selain memperkasa peranan anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Johor Land, KPRJ, Perbadanan Islam Johor (PIJ), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Holdings.

7. Di samping itu, kerjasama dengan pemaju swasta juga boleh dilakukan yang mana kerajaan negeri berperanan sebagai pemudah cara, dalam membantu pemaju swasta berkenaan menunaikan tanggung jawab mereka untuk menyediakan serta membina komponen rumah mampu milik.

8. Jelas, laporan Ketua Audit Negara mengenai hal perumahan di Johor menunjukkan Pakatan Harapan Johor memang tidak punyai pelan serta perancangan yang jelas, sekaligus keupayaan dan kompetesi mereka boleh dipertikaikan.

9. Melainkan mereka berani dan boleh kongsikan dengan umum butiran perancangan mereka, termasuklah maklumat mengenai lokasi rumah mampu milik akan dibina, berapa jumlah bilangan, bila dijangka projek tersebut bermula, dan jangkaan bila projek tersebut akan siap – barulah kita boleh anggap bahawa laporan Ketua Audit Negara itu yang silap.

Sumber:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/15/audit-report-target-of-building-100000-johor-affordable-houses-is-far-fetch/1771712

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: