UMNO HARUS SERIUS REMAJAKAN PARTI.

PADA 16 Julai, 2019 seramai 211 ahli Parlimen Malaysia mencipta sejarah apabila menyokong untuk meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had kelayakan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Selain pindaan tersebut, turut dipinda adalah pendaftaran pemilih secara automatik dan kelayakan had umur calon pilihan raya diturunkan kepada 18 tahun.

Bertitik tolak daripada kejayaan #undi18 ini, seharusnya Umno mengambil pendekatan lebih serius dalam usaha meremajakan pertubuhan keramat Melayu ini.

Mohamad Isamuddin Mohamad Isa (kiri)

Ketika parti politik lain terus menerus cuba menarik anak muda untuk menjadi pimpinan pelapis parti mereka, Umno kelihatan masih lagi kelihatan sukar ditembusi oleh anak muda lingkungan 18 hingga 30 tahun. Pergerakan pemuda pertubuhan ini masih dipenuhi oleh pimpinan berusia lewat 30 atau awal 40 tahun.

Berdasarkan Fasal 4.1 Peraturan Pergerakan Pemuda Umno, ahli Umno yang berusia 40 tahun dan ke bawah secara sendirinya menjadi ahli Pemuda Umno. Tidak terhenti di situ, Fasal 5.1 berkenaan had kelayakan bagi menjadi ketua Pemuda Umno Malaysia tidak pula terikat dengan Fasal 4.1.

Ini bermakna, ahli Umno yang berusia 41 tahun dan ke atas boleh dipilih sebagai ketua Pemuda Umno.

Ketua Pemuda Umno Malaysia pada ketika ini, Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga menang pada usia 42 tahun. Beliau akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya sehingga 45 tahun.

Roh semangat pindaan perlembagaan #Undi18 ini seharusnya segera meresap ke dalam kepimpinan Pemuda Umno.

Pemuda Umno kini harus lebih serius dalam usaha meremajakan pertubuhan keramat ini dengan melakukan beberapa pindaan terhadap Peraturan Pergerakan Pemuda Umno, terutamanya berkenaan Fasal 4.1 dan Fasal 5.1.

Keahlian Pemuda Umno harus segera diturunkan daripada umur 40 tahun kepada umur 35 tahun, manakala had usia untuk dipilih sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia juga perlu dihadkan kepada 35 tahun.

Langkah ini perlu segera dilakukan supaya Umno tidak ketinggalan lebih jauh berbanding seteru-seteru politik yang lain dalam menarik minat anak muda menyertai Umno.

Ketika parti lawan memilih ahli berusia lingkungan 40 tahun sebagai naib presiden mereka, Umno pula masih mengharapkan ahli yang berusia lingkungan 40 tahun untuk mengetuai pergerakan orang muda.

Inilah satu realiti yang memalukan dan perlu segara diubah.

Bangkitlah Pemuda Umno!

Selepas pindaan #undi18, anak muda ingin melihat bagaimana Umno, terutama kepimpinan Pemuda Umno memberi respons terhadap perkara ini.

Sokongan saja tidak memadai. Umno perlu segera meminda Fasal 4.1 & Fasal 5.1 Peraturan Pergerakan Pemuda Umno. – 17 Julai, 2019.

* Mohamad Isamuddin Mohamad Isa ialah exco Pemuda Umno Johor Bahru.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi UMNO Johor Official.

Sumber : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/168909

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: