1. Pada hari ini 18/07/2019 Pasir Gudang sekali lagi dikejutkan dengan berita bahawa 50 pelajar dilaporkan mengalami sesak nafas dan muntah-muntah. Ini adalah insiden kali ketiga selepas pihak Kerajaan menyatakan keadaan di Pasir Gudang adalah terkawal.
2. Walaupun Kerajaan telah mewujudkan dua (2) jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kerja Teknikal Saintifik dan Jawatankuasa Pemantauan, tetapi ia dilihat tidak berfungsi sama sekali. Sehingga kini, tiada laporan terperinci berkenaan insiden gas ini dikeluarkan sama ada oleh pihak jawatankuasa atau dari Exco yang berkaitan.
3. Pembekalan alat pengesan gas juga dilihat tidak praktikal kerana ianya tidak dapat mengesan kehadiran gas tersebut walaupun kos yang mahal telah dibelanjakan untuk membeli alat pengesan gas tesebut.
4. Dalam isu ini, saya melihat sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan pusat mahupun negeri merendahkan ego dan memohon pertolongan daripada pihak negera luar untuk datang dan membantu menyelesaikan isu ini.
5. Pihak kerajaan perlu mempunyai iltizam yang kuat untuk memastikan kes ini diselesaikan segera tanpa sebarang polemik politik dan akhirnya dapat memastikan keselamatan rakyat terutamanya di Pasir Gudang akan terbela dan terjaga.
– Tamat –
Sumber:
https://www.facebook.com/582249865/posts/10157426462804866?sfns=mo
* Mohd Fairuz Bin Mohamad Azrie ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi UMNO Johor Official.
Leave a Reply