1. Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini menyatakan hasrat untuk mengadakan perjumpaan ‘townhall’ bersama penduduk Pasir Gudang bagi merungkai isu penceramaran toksik di Pasir Gudang. Ianya seperti yang dilaporkan dalam laporan berita Harian Metro bertarikh 7hb Julai 2019 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/473041/townhall-pasir-gudang-minggu-depan
2. Namun, sehingga hari ini, penduduk Pasir Gudang masih ternanti-nanti akan butiran serta ketentuan perjumpaan ‘townhall’ tersebut dan tertunggu-tunggu bila ianya akan berlangsung.
3. Apa yang lebih mengecewakan adalah kejadian terbaru yang berlaku semalam (Khamis, 18 Julai 2019) melibatkan hampir 40 orang pelajar sekolah yang terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan setelah mengalami simptom pencemaran toksik. Ianya merupakan gelombang yang ketiga sejak kejadian pertama berlaku pada 20 Jun 2019 yang lalu, beberapa bulan selepas tragedi Sungai Kim Kim.
4. Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang mendesak Kerajaan Negeri Johor agar segera mengadakan perjumpaan ‘townhall’ bersama penduduk dan masyarakat Pasir Gudang pada kadar segera. Ini merupakan satu tuntukan kepada janji yang telah dibuat oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO Kesihatan) YB Mohd Khuzzan Abu Bakar sendiri.
5. Sesungguhnya, penduduk Pasir Gudang tidak rela dimomokkan lagi dengan pengumuman yang bersifat indah khabar dari rupa.
6. Walaupun kerajaan negeri beri jaminan keadaan selamat dan terkawal, namun sebaliknya yang berlaku di lapangan. Rakyat bukan sahaja dibiarkan resah kerana bimbang akan keselamatan dan tahap kesihatan di Pasir Gudang, malah kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai fakta tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku.
7. Maka, adalah wajar agar Kerajaan Negeri Johor memberi keutamaan untuk mengadakan perjumpaan ‘townhall’ bersama penduduk Pasir Gudang bagi pada pada segera.
Sumber:
Leave a Reply