POLA POLITIK NEGARA SUDAH BERUBAH

ISKANDAR PUTERI, 20 Julai – YB Dato’ Sri Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO Malaysia telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Iskandar Puteri. Beliau yang diiringi oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah disambut oleh Tuan Haji Khairi A.Malik selaku Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Antara yang turut serta ialah Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai pemerhati iaitu Datuk Jefridin Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai dan dimeriahkan dengan kehadiran YDP Pas Kawasan Iskandar Puteri Haji Salehuddin Dahiran dan saf kepimpinan Pas Iskandar Puteri, MCA Bahagian Iskandar Puteri dan MIC Bahagian Iskandar Puteri.

Haji Khairi dalam ucapannya berkata, kekalahan UMNO merupakan satu hikmah bagi kita untuk bangkit. β€œRamai yang telah menjadi katak keluar dari parti dan dari situlah baru kita dapat melihat kesetiaan yang sebenar ahli-ahli di dalam parti”, ujar beliau.

Tegas beliau, terlalu banyak jasa UMNO pada kita ketika UMNO menjadi parti kerajaan. Sebut sahaja bantuan apa? Kita sediakan bantuan sepenuhnya untuk rakyat dalam Parlimen Iskandar Puteri ini.

Dalam ucapan lain, Hasni mengingatkan kepada seluruh Perwakilan UMNO Bahagian Iskandar Puteri bahawa kita akan terus mempertahankan parti kita yang akan terus berperanan dalam membela agama, bangsa dan negara.

Hasni turut meletakkan harapan yang tinggi kepada UMNO Bahagian Iskandar Puteri, supaya bahagian dapat menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Hasni juga beranggapan bahagian ini merupakan sebuah bahagian yang berlainan dari bahagian-bahagian yang lain.

β€œBahagian Iskandar Puteri harus memulakan gerak kerjanya dari sekarang kerana pola politik negara sudah berubah. Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) UNDI 18 yang mana pendaftaran sebagai pengundi akan dilakukan secara automatik apabila mencecah umur 18 tahun dan itu adalah satu cabaran baru”, tegas Hasni.

Akhir sekali Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengingatkan kepada perwakilan bahawa, kerajaan sekarang mahukan UMNO ini mati. Mereka dengan sengaja menyekat kewangan UMNO di setiap negeri, mereka menangkap pemimpin-pemimpin tertinggi parti kerana mahu melemahkan semangat akar umbi di dalam UMNO.

Beliau juga memuji kesetiaan ahli UMNO kerana apa pun yang dilakukan oleh kerajaan kepada ahli UMNO, akar umbi tetap kuat memperjuangkan parti, pendirian ahli UMNO jelas dan tidak goyang dengan desakan-desakan parti pemerintah ketika ini. Jelas beliau lagi, UMNO mampu untuk merampas semula kerajaan kerana rakyat sudah sangat membenci pemerintahan hari ini, mereka hari-hari menipu.

Di akhir ucapan, Ismail Sabri merumuskan kerajaan pada hari ini berdiri sebagai kerajaan berdasarkan kepada 2 asas iaitu penipuan dan fitnah. Menurut beliau lagi, rakyat sudah mula buat perbandingan serta rakyat sendiri mengatakan kerajaan BN adalah kerajaan yang lebih bagus berbanding kerajaan PH, dan rakyat sudah mula merindui pemerintahan BN. Dengan penuh semangat, Ismail Sabri menyatakan kita akan pastikan pada PRU 15 kita rampas semula kerajaan dan disambut dengan tepukan seluruh perwakilan UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: