KECEWA DI FITNAH AHLI PARTI SENDIRI – HISHAMMUDDIN HUSSEIN

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, menyatakan kekecewaannya apabila beliau difitnah akan meninggalkan parti itu.

Lebih dikesalkan, kata anggota parlimen Sembrong itu, fitnah tersebut bukannya datang daripada pihak PH, sebaliknya disebarkan oleh orang Umno sendiri.

“Saya sedih sebab tohmahan itu datang bukan saja daripada lawan, malah orang Umno sendiri tuduh saya macam-macam.

“(Kononnya) hendak pergi Bersatulah… api sampai sekarang saya masih Umno,” katanya seperti dipetik Utusan Online.

Hishammuddin berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan Wanita Umno Kota Melaka di Melaka semalam.

Tidak seperti kebanyakan pemimpin kanan Umno, selepas PH menguasai Putrajaya, Hishammuddin kurang menonjolkan dirinya, malah hanya sesekali membuat kemunculan atau memberikan kenyataan kepada media.

Pada 8 Julai lalu Malaysiakini melaporkan Hishammuddin menasihati Umno agar tidak menunjukkan sikap sombong dengan pelawaan Perdana Menteru Dr Mahathir Mohamad untuk anggota parti Melayu menyertai Bersatu.

Mahathir ialah pengerusi Bersatu sekali gus pengerusi PH.

Rugi kalau berbalah

Kata Hishammuddin mereka wajar mempertimbangkan pelawaan Mahathir tetapi pada masa sama mengambil kira pandangan parti lain, termasuk dalam PH sendiri.

Anak bekas perdana menteri ketiga Malaysia itu juga berkata beliau mengambil sikap tunggu dan lihat reaksi parti lain dalam PH berhubung pelawaan Mahathir itu.

“Saya ingatkan semua pihak (yang) dikaitkan dengan perpaduan umat Melayu: jangan takbur, jangan angkuh, jangan sombongkerana orang sedang perhati termasuk pihak menawarkan kerjasama dalam nak bincang kesatuan ummah yang penting (untuk) masyarakat Melayu,” katanya. 

Menurut Hishammuddin beliau adalah individu yang tidak boleh dijual beli sehingga dengan mudah memilih jalan tertentu.

“Kesetiaan saya kepada parti (Umno) adalah jitu, saya tetap ahli Umno walaupun tiada jawatan apa lagi.

“Saya bukan boleh dijual beli,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

September tahun lalu juga, khabar mengatakan Hishammuddin akan meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau berjumpa Mahathir .

Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan pertemuan dengan Mahathir itu hanya bertujuan mahu mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Sementara itu Hishammuddin berkata, Umno kini berada pada tahap terbaik untuk memperkukuhkan parti kerana parti kerajaan yang menghadapi pergolakan dalaman.

“Amat rugi kalau kita sesama parti yang berbalah. Masa sudah sampai untuk kita bangkit,” katanya.

Sumber Malaysiakini : Hisham sedih jadi mangsa fitnah ahli Umno https://m.malaysiakini.com/news/484767#.XTPstsI925t.whatsapp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: