Isu warganegara tidak patut guna ‘pintu belakang’

KUALA LUMPUR 23 Julai – Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan enam ahli Parlimen DAP yang menggunakan ‘pintu belakang’ dengan mengadakan pertemuan tertutup bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu melibatkan kewarganegaraan. 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pemimpin DAP itu sepatutnya menyelesaikan isu-isu kewarganegaraan secara terbuka seperti mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), mesyuarat Kabinet atau sidang Parlimen bagi menolak kemungkinan agenda tersembunyi. 

Menurut Asyraf Wajdi, pertemuan itu dianggap merisaukan disebabkan berdasarkan pemerhatian soalan-soalan membabitkan isu kewarganegaraan yang diajukan ahli Parlimen dari DAP rata-ratanya menyuarakan kehendak mempermudah pemberian kewarganegaraan kepada golongan tertentu. 

Ironinya kata Asyraf Wajdi, kehadiran Lim Guan Eng sehingga meninggalkan tugas lebih penting sebagai Menteri Kewangan sedangkan pertemuan tersebut membabitkan sekumpulan individu tertentu dan melibatkan bidan kuasa Menteri Dalam Negeri amat membimbangkan. 

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO mendesak Muhyiddin supaya mendedahkan perkara-perkara yang dibincangkan dan dipersetujukan dalam pertemuan ini memandangkan seorang pemimpin DAP mendakwa bahawa pertemuan itu membuahkan hasil. 

“Pemuda UMNO turut mendesak Muhyiddin dan kerajaan supaya tidak bertolak ansur dalam isu-isu kewarganegaraan kerana ia adalah sebahagian daripada kontrak sosial sewaktu memperoleh kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan wajib dipatuhi sepenuhnya,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini. 

Pertemuan dua menteri, dua timbalan menteri dan dua ahli Parlimen daripada DAP dengan Muhyiddin berhubung isu kewarganegaraan semalam menimbulkan persoalan.

Enam pemimpin DAP itu adalah Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng.

Semalam, Alice dalam akaun Facebook miliknya berkongsi sekeping gambar pertemuan keenam-enam pemimpin DAP itu bersama Muhyiddin dan mengatakan mesyuarat yang membincangkan isu berhubung kanak-kanak tanpa warganegara serta kewarganegaraan itu membuahkan hasil. – UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/isu-warganegara-tidak-patut-guna-8216-pintu-belakang-8217-1.942905

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: