KES ROGOL EXCO DAP: SATU LAGI AMALAN PILIH KASIH TOMMY THOMAS?

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong.

2. Sejak awal lagi persepsi berkeliaran mengenai amalan pilih kasih dalam kes ini apabila Paul Yong tidak direman namun kini siasatannya sudah sempurna dan diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara, Tommy Thomas sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara pada 23 Julai 2019 lalu.

3. Kes ini sangat perlu disegerakan kerana ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran kita, Indonesia, selaku negara asal pembantu rumah itu.

4. Kami merasa hairan mengapa Paul Yong belum dihadapkan ke mahkamah sedangkan kes ini berlaku pada 7 Julai, lebih awal daripada satu lagi kes yang serupa iaitu kes cabul membabitkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Melaka, Ma’on @ Yunus Abu Samah, yang berlaku pada 15 Julai.

5. Jika Ma’on, yang kesnya lebih ringan dan lebih lewat, tetapi ditahan reman 4 hari berbanding Paul Yong yang tidak direman, telah didakwa dua hari lalu maka mengapa pula Paul Yong, yang kesnya lebih berat dan lebih awal, masih belum didakwa?!

6. Apakah kerana Paul Yong seorang pemimpin DAP manakala Ma’on seorang rakyat biasa maka Paul Yong wajar diberikan layanan lebih istimewa?

7. Atau apakah kerana Paul Yong seorang Exco Kerajaan Negeri Perak manakala Ma’on hanya seorang Pengerusi MPKK di Melaka maka Ma’on lebih cepat didakwa?

8. Tidak dapat tidak persepsi sebegini akan terus berleluasa selepas Peguam Negara sebelum ini bertindak menggugurkan pendakwaan kes rasuah pemimpin DAP Lim Guan Eng dan beberapa kes berprofil tinggi membabitkan pimpinan PH.

9. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru Peguam Negara tidak melengahkan pendakwaan ke atas kes ini bagi memastikan imej perundangan negara terjaga dan sekaligus bagi menjernihkan persepsi rakyat terhadap sikap pilih kasih Tommy Thomas sebagaimana kes-kes sebelum ini yang terkait dengan pimpinan Kerajaan dan DAP.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

26 Julai 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: