AHLI UMNO-PAS LUPAKAN PERSENGKETAAN, KINI HARMONI

JOHOR BAHRU, 28 Julai – Berjauh hati dan bermasam muka antara ahli UMNO dan Pas terutama di negeri ini sudah tiada lagi sebaliknya hubungan yang ada sesama mereka kini semakin harmoni.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamad berkata, keharmonian serta kukuhnya hubungan UMNO dan Pas itu kerana teruknya kerajaan yang ada pada hari ini.

“Teruknya kerajaan yang ada berjaya menjadikan ahli UMNO dan Pas melupakan persengketaan sesama kita yang dulu berpisah sekejap dan kini sudah kembali bersatu dengan hubungan lebih harmoni.

“Justeru, kita perlu pastikan bukan sahaja peringkat kepimpinan UMNO dan Pas sahaja yang memperkukuhkan kerjasama tetapi juga ahli akar umbi dan kita dah nampak sokongan penuh itu, ahli-ahli kedua-dua parti kini bersama,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri Durian Fest di Zainal’s Place di Sri Tebrau yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Mohamad Hairi Mad Shah.

Pada majlis yang bermula pada 2.30 petang itu, pemilik restoran, Norshahrizan Zainal menyediakan 500 kilogram durian, 100 kilogram rambutan dan 100 kilogram manggis untuk dijamu kepada pelanggan secara percuma.

Hasni berkata, dalam menjayakan usaha itu, UMNO dan Pas negeri giat menjalankan pelbagai program dengan teratur sekali gus memastikan kerjasama itu tidak menimbulkan sebarang persepsi yang boleh menggugat keharmonian itu.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: