UMNO TIDAK AKAN BERKUBUR DI JOHOR – HASNI

KULAI, 28 Julai – Sebentar tadi telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara 2019 yang telah berlangsung di Orchard Golf and Counry Resort.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad telah dimeriahkan dengan hampir 400 orang perwakilan. Terdahulu, kehadiran Hasni telah disambut oleh kepimpinan UMNO Bahagian Tenggara yang diketuai oleh YB Datuk Seri Dr Adham Baba.

Majlis tersebut turut disertai UMNO Bahagian Kota Tinggi selaku penyelaras yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang diketuai En. Muszaide Makmor, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran rakan kepimpinan komponen iaitu MCA dan MIC Bahagia Tenggara.

Adham Baba dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan UMNO Bahagian Tenggara akan terus cekal dan tabah dalam memberi perkhidmatan kepada semua kaum. Beliau yang merupakan ahli parlimen Tenggara turut menyatakan sokongan kepada Hasni selaku Pengerusi BPUNJ dan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor dalam membantu persiapan UMNO Johor menghadapi PRU-15.

Pada masa yang sama, Adham Baba turut yakin Barisan Nasional Johor akan menawan semula Johor pada PRU akan datang. Antara perkara yang UMNO Tenggara tekankan ialah mendekati pengundi muda setelah landskap politik Malaysia berubah ekoran #Undi18 diluluskan di peringkat Parlimen.

Hasni dalam ucapannya mengecam kerajaan sedia ada sekarang kerana tidak melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan sebelum ini. Lebih teruk lagi, kerajaan Pakatan Harapan yang terbentuk hari ini terbentuk kerana fitnah yang dilemparkan kepada Barisan Nasional.

Ujar Hasni, UMNO akan terus diancam oleh kerajaan Pakatan Harapan dan mereka akan terus mendakwa serta menekan pemimpin-pemimpin UMNO dengan imej-imej yang buruk dari pelbagai sudut.

“Inilah hakikatnya perkara yang berlaku dalam negara, mereka secara konsisten melakukan apa sahaja bahkan hingga ada cubaan untuk mengharamkan UMNO”, ujar Hasni lagi.

Justeru itu, Hasni mengharapkan sokongan yang kuat daripada ahli-ahli UMNO khususnya di Johor. “Umno lahir di Johor dan sudah tentu kita tidak mahu UMNO berkubur di Johor”, ungkap beliau. Hasni turut menasihati ahli UMNO agar mengambil semangat seperti rakan pembangkangnya iaitu PAS.

Dalam ucapan yang sama, Hasni turut mengkritik pentadbiran Menteri Besar Johor sekarang yang dilihat tiada pengalaman. Menteri Besar yang ada sekarang baru dalam politik dan tidak pernah menjawat apa-apa jawatan sebelum ini. Apa perancangan kerajaan negeri? Nak masuk dua tahun, sia-sia dan tiada apa-apa perancangan”, soal Hasni.

Sebelum berakhirnya majlis, Hasni turut merasmikan Pelancaran Aplikasi MYP155 dan menyampaikan cenderamata kepada Ketua-Ketua Cawangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: