
JELEBU, 29 Julai – Dalam perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu baru-baru ini, antara yang diperkatakan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein ialah beliau sering dikaitkan dengan perkara-perkara buruk. Antaranya beliau difitnah hendak keluar parti, dituduh penghasut ahli UMNO untuk lompat parti dan lebih menyedihkan beliau turut digelar sebagai pengkhianat parti.
Sungguhpun begitu, beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sembrong menjelaskan beliau tetap tenang dan sabar sehingga sekarang. “Marah tidak, melawan tidak, berdendam jauh sekali”, ujar beliau.
UMNO Johor berharap semoga Datuk Seri Hishammuddin Hussein terus istiqamah dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang, demi masa depan UMNO bersama.
Leave a Reply