KEAHLIAN BARU : UMNO TERUS MENDAPAT SAMBUTAN

SRI GADING, 30 Julai – YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen “Jom Jadi Ahli UMNO” di Sri Gading, Batu Pahat. Turut bersama adalah YBhg. Dato Hj. Ali Sheikh, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading dan YB Puan Nor Rashidah Ramli selaku Pengerusi Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Sri Gading.

Turut hadir, YBhg Ust Haji Nasir Abdullah, Timbalan YDP PAS kawasan Sri Gading dan saf kepimpinannya.

Rashidah yang juga ADUN Parit Raja dalam ucapannya telah mengatakan bahawa, tatkala pihak parti pemerintah iaitu parti PBBM telah menjalankan gerakan untuk mengajak ahli UMNO untuk menyertai mereka, tetapi ahli parti tetap setia bersama UMNO.

“Kita tidak mempunyai masa yang banyak, kita harus menggerakkan usaha secara besar-besaran untuk mendaftarkan ahli lebih ramai lagi, terutamanya kepada anak-anak muda dan kita tidak mahu mereka menyertai parti lain seperti DAP”, tegas beliau.

Dalam pada itu juga, Dato’ Haji Ali Sheikh selaku Ketua UMNO Bahagian Sri Gading berkata, “Masa untuk hadapi PRU15 sudah tidak lama lagi dan kerana itu kita harus segera mengubah sokongan yang ada ketika ini, supaya dapat ditingkatkan untuk UMNO. Dengan kekecewaan masyarakat terhadap kerajaan pada hari ini, terutamanya golongan anak muda, maka kita harus mengambil peluang ini untuk meyakinkan mereka, dan seterusnya menyertai kita”. Ujarnya.

“Pada hari ini mereka sudah mula sedar dan “U-Turn” menyokong UMNO, kerana telah ditipu berikutan janji-janji manifesto Pakatan Harapan yang tidak ditunai.

Manakala, Datuk Ir. Hasni dalam ucapan perasmiannya telah memuji kepimpinan cawangan yang hadir dan ahli-ahli akar umbi yang terus setia bersama parti bagi meneruskan kelangsungan parti UMNO.

Beliau dengan tegas mengatakan, kerajaan Pakatan Harapan terutama parti PPBM sedang mencuba untuk menjadikan Negeri Johor sebagai negeri PPBM. Justeru, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan UMNO dalam Negeri Johor. Beliau yakin dan percaya, jika berjaya merampas kerajaan negeri semula pada PRU-15 nanti, pastinya PPBM akan terkubur di bumi Johor ini.

Mengenai daftar ahli UMNO, beliau berkata “Warga Sri Gading telah mengambil langkah yang tepat dan betul, dengan menggerakkan usaha daftar pemilih ke arah yang lebih baik dan sistematik”.

“Parti kita perlu diurus dengan betul, perlu penambahbaikan seiring dengan zaman, kerana cabaran yang ada masa kini amat berbeza. Oleh itu pendekatan kita haruslah selari dengan landskap baru arena politik negara”. Ujarnya lagi.

Dalam majlis yang sama juga telah berlangsungnya penyerahan lebih 500 borang keahlian baru UMNO Bahagian Sri Gading. Usaha mendaftarkan ahli baru tersebut akan terus digerakkan dan ditingkatkan dengan lebih menyeluruh lagi bagi menguatkan lagi parti, terutamanya di kawasan Sri Gading. Semoga segala titik peluh perjuangan kita mudah-mudahan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT.

Tahniah UMNO Sri Gading !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: