PRU-15: KEKALKAN LEDANG, SEROM DAN GAMBIR SEBAGAI KERUSI UMNO- HASNI

TANGKAK, 02 Ogos – Naib Presiden UMNO, YB Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang 2019 di Dewan Putra Padang Lerek.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, turut merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Sembrong 2019 di sebelah pagi.

Ketibaan Mahdzir Khalid di majlis perasmian turut disertai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor,YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad dan telah disambut oleh Ketua Bahagian UMNO Bahagian Ledang, Datuk Dr Ir Haji Hamim Samuri bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Ledang. Antara yang turut serta ialah Datuk Seri Razali Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Muar dan rombongan selaku penyelaras mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu telah dihadiri hampir 650 orang perwakilan. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran rakan komponen dari MCA dan MIC serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran ADUN Bukit Pasir dan PAS Bahagian Ledang.

Dalam ucapan Pengerusi BPUNJ, Hasni memuji UMNO Bahagian Ledang kerana hampir separuh bahagian sudah bersidang di Johor dan kehadiran perwakilan UMNO Ledang sungguh membanggakan. Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Bahagian Ledang di atas ucapan yang penuh dengan isi, perancangan dan halatuju.

Hasni turut menyeru dan mengajak ahli-ahli UMNO Ledang untuk meneruskan usaha kerja-kerja parti. Antara usaha yang perlu ditekankan ialah meningkatkan bilangan ahli UMNO. “Kita perlu daftarkan mereka sebagai ahli UMNO dahulu kemudian daftarkan mereka sebagai pengundi”, jelas Hasni.

Hasni yang juga ADUN Benut, memuji gerak kerja UMNO Bahagian Ledang kerana menjadi antara bahagian pertama yang melakukan pemukiman. Pada masa yang sama, Hasni menyeru UMNO Ledang untuk mempersiapkan jentera mulai sekarang bagi menghadapi PRU-15.

Berucap di hadapan perwakilan UMNO Bahagian Ledang, Hasni meminta Naib Presiden UMNO untuk menyokong hasrat UMNO Johor untuk mengekalkan Ledang sebagai kerusi UMNO, begitu juga dengan DUN Serom dan Gambir sebagai kerusi UMNO pada PRU-15. Hasrat yang disuarakan Hasni itu telah mendapat tepukan ahli-ahli perwakilan UMNO Ledang.

Hasni turut mengingatkan hadirin bahawa UMNO terus diancam, pemimpin diheret ke mahkamah, akaun bahagian dibekukan dan akan melucut hak UMNO. Justeru itu, Hasni meminta UMNO Ledang untuk menerangkan kepada semua orang bahawa agenda-agenda parti kerajaan yang akan mengharamkam UMNO.

Hasni juga ada menjelaskan wujud hasrat atau gerak kerja untuk jadikan Johor sebagai negeri PPBM. Jika DAP ada Pulang Pinang, PKR ada Selangor, PAS ada Kelantan, PPBM juga ada hasrat yang sama untuk menapak dan kekal memerintah negeri Johor. Ini kerana atas faktor Johor kaya dari segi ekonomi.

Untuk menjayakan hasrat tersebut, Tan Sri Muhyiddin akan menyusun gerak kerja di Johor, bukannya Menteri Besar dan Pengerusi PpBM yang tiada pengalaman dalam mengurus kerajaan Johor.

Justeru itu, Hasni selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sekali lagi menyeru Bahagian Ledang untuk memperhebatkan lagi agenda dan program penyatuan ummah.

#UMNOJohorBangkit #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit #kitasamasama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: