5 HIKMAH KEKALAHAN UMNO – MD. JAIS SARDAY

KLUANG, 3 Ogos 2019 – Ketika ucapan aluan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang, Ketua Bahagiannya, Datuk Hj. Md. Jais Sarday telah menjelaskan kepada sidang perwakilan bahawa kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas telah memberi hikmah yang besar kepada keseluruhan ahlinya.

Hikmah yang pertama adalah termetrainya gagasan Penyatuan Ummah antara dua parti umat Islam dan terbesar dalam negara. Sedia maklum bahawa, kedua-dua parti ini telah lama bersengketa dalam konteks politik antara satu sama lain. Justeru, penyatuan ini pastinya akan lebih memberi kekuatan kepada perpaduan orang-orang Melayu dan Islam keseluruhannya.

Hikmah kedua; kekalahan itu telah menyedarkan UMNO bahawa perlunya pengorganisasian semula parti. Cara politik yang tidak sesuai perlu diubah daripada kelaziman kepada cara yang selari dengan suasana politik zaman kini.

UMNO adalah sebuah jenama yang wujud sekian lama, namun ianya memerlukan pelaksanaan model baharu, “re-branding”.

Hikmah ketiga; Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional telah menampakkan karakter dan kreadibiliti sebenar Pakatan Harapan terutamanya DAP. Antaranya dalam konteks kehambaran mengurus ekonomi, ekonomi rakyat yang semakin teruk, menyentuh isu-isu Institusi Raja, ICERD, Tabung Haji, mencetuskan isu-isu perkauman dan sebagainya.

Hikmah keempat; Kekalahan dalam PRU-14 yang lepas telah meletakkan UMNO hilang tampuk pemerintahan dan takdir tersebut telah menguji sejauhmana kesetiaan ahli-ahli UMNO. Ujian kesetiaan ini tentunya akan dihadapi oleh semua ahli UMNO, waimah daripada yang berjawatan tinggi hingga ke bawah. Ada yang telah melompat, ada yang masih tetap setia dengan UMNO. Sudah tentu dengan ujian ini, kita akan kenal siapa kawan setia dan siapa yang ada kepentingan peribadi.

Hikmah terakhir yang diutarakan oleh beliau adalah soal pengorbanan. Ketika UMNO tidak lagi memegang tampuk pemerintahan, adakah kita sanggup berkorban untuk terus berkhidmat kepada rakyat, walaupun tanpa dengan jawatan atau sebarang kelebihan lain. Justeru, beliau mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa setiap ahli harus kekal setia dengan bahtera perjuangan parti dan terus mencurahkan bakti dan pengorbanan demi agama, bangsa dan negara.

Diakhir ucapan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kepimpinan UMNO sama ada di peringkat Cawangan dan Bahagian Kluang yang tidak terjun daripada bahtera perjuangan parti ini, dan memilih untuk terus setia dengan parti.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO. Turut bersama adalah kepimpinan MCA, MIC, KIMMA, MyPPP dan PAS Kluang.

Syabas UMNO Kluang !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: