PERCAKARAN PAKATAN HARAPAN, UMNO TIDAK BOLEH SELESA – HASNI

PONTIAN, 03 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian 2019 di Pejabat UMNO Bahagian Pontian.

Ketibaan beliau telah disambut oleh kepimpinan UMNO Bahagian Pontian yang diketuai oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad, kepimpinan UMNO Negeri Johor dan turut disambut hampir 800 orang perwakilan UMNO Bahagian Pontian.

Antara yang turut hadir ialah perwakilan UMNO Bahagian Iskandar Puteri selaku wakil penyelaras Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang diketuai oleh Ybhg Tuan Haji Khairi Malik dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datin Mastura Mohd Yazid (Ahli Parlimen Kuala Kangsar), Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan) serta kepimpinan PAS Kawasan Pontian.

Majlis yang bermula pada jam 9 pagi telah dimulakan dengan bacaan doa, bacaan Al-Quran dan nyanyian lagu sebelum ucapan alu-aluan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Dalam ucapan Hasni, beliau menceritakan realiti hari ini semangat ahli UMNO tidak luntur. “Selepas saya membuat lawatan-lawatan ke bahagian-bahagian dalam negeri Johor, semangat mereka begitu hebat sekali, masih sama dan tidak pernah luntur”, ujar Hasni.

Namun perlu diketahui juga, usaha-usaha mengharamkan UMNO juga ada. Antara usaha-usaha pengharaman yang disebut Hasni ialah pembekuan akaun Perhubungan Negeri, akaun ketua-ketua bahagian, akaun beberapa bahagian dan van Skuad Sayang Wanita UMNO Johor dirampas yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Namun apa yang peliknya, sehingga kini kes tersebut masih belum dapat dibuktikan.

“Jangan kita merasa selesa, apabila kita melihat mereka (Pakatan Harapan) bercakar sesama sendiri, nasihat Hasni.

“Jangan kita ambil kisah tentang Osman Sapian yang jadi menteri besar tak sampai setahun, jangan kita kisah dengan menteri besar yang baru langsung diam membisu, jangan kita ambil kisah dengan pencemaran Pasir Gudang yang semakin teruk, jangan kita anggap kecuaian mereka adalah peluang besar buat kita, biarkan sahaja mereka”. Melihat kepada pertelingkahan kepimpinan kerajaan pada hari ini, Hasni menasihatkan perwakilan agar tidak ambil pusing kerana ia bukannya suatu perancangan yang bijak.

Di Pontian sendiri, Hasni menegaskan UMNO Bahagian Pontian akan terus mengorak langkah dan usaha untuk menambah keahlian UMNO ke peringkat akar umbi dan menggiatkan usaha pendaftran pengundi baru.

Hasni dalam ucapannya menyatakan adalah menjadi sejarah bagi UMNO Bahagian Pontian kerana kawasan Pulai Sebatang tidak pernah terlepas kepada orang lain (Pakatan Harapan) selama ini. Hasni yang berucap di hadapan Tok Mat dan perwakilannya, merayu agar kerusi Pulai Sebatang diperuntukkan semula kepada UMNO dan tidak boleh dipertaruhkan kepada orang lain lagi.

Pada masa yang sama, Hasni juga meminta agar kerusi Parlimen Tanjung Piai dikembalikan semula kepada UMNO. UMNO Johor tidak teragak-agak menyokong penuh supaya kerusi itu dipulangkan semula.

#UMNOJohorBangkit #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit #kitasamasama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: