PIAGAM UMNO-PAS TIDAK SENTUH SOAL PEMBAHAGIAN KERUSI

PONTIAN 3 Ogos – Piagam Muafakat UMNO dan Pas tidak menyentuh mengenai pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang sebaliknya lebih tertumpu kepada skop kerja kerjasama dua parti itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, skop kerja itu akan dijadikan rujukan kedua-dua parti tersebut bagi meneruskan agenda yang dirancang antaranya strategi untuk memenangi pilihan raya akan datang.

“Piagam itu cuma skop kerja kita untuk dijadikan sebagai rujukan cara bagaimana mahu meneruskan agenda dan sebab itu saya cakap ia tidak mengikat mana-mana pihak, tidak mengikat UMNO dan tidak juga mengikat Pas.

“Sebab itu dalam piagam nanti ada jawatankuasa di peringkat negeri, bahagian serta cawangan dan kerja apa yang perlu mereka buat, ini tak sebut langsung mengenai kerusi atau pembahagian kerusi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Rumah UMNO Pontian di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamad berkata, muafakat yang dijalin dua parti itu dinamakan ta’awun iaitu kerjasama politik dan bukan tahaluf sekali gus tidak timbul soal apa yang dilakukan dua parti itu akan merencatkan kesamarataan.

“Kita tidak pernah menyerang mana-mana pihak dan kita juga tidak pernah kata…dulu parti itu bersama-sama dalam Pakatan Harapan, kita tidak cakap apa-apa pun.

“Jadi, mengapa pula UMNO dan Pas nak jalinkan kerjasama politik…eh macam nak runtuh negara, pasal apa? Mesti ada yang tak kena atau ada sesuatu yang mereka bimbang dengan kerjasmaa dua parti itu,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: