SEMANGAT AHLI UMNO TETAP MEMBARA, TIDAK LUNTUR WALAU DIASAK

PONTIAN, 3 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, semangat ahli UMNO Johor sama sekali tidak luntur malah tambah membara bagi membantu parti menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Jelas beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pontian, walaupun UMNO ditekan dan diasak begitu teruk oleh kepimpinan baru kerajaan namun ia tidak mampu mematahkan semangat ahli UMNO.

“Semangat ahli UMNO tidak luntur sama sekali malah semangat untuk beri kerjasama dan kesetiaan tidak berbelah bagi.

“Walaupun ada pemimpin UMNO yang lompat, seorang demi seorang pemimpin kita di heret ke mahkamah malah 26 van skuad wanita UMNO Johor dirampas sebab dituduh beli van dari sumber meragukan tapi ini semua takkan lunturkan semangat ahli UMNO.

“Tidak cukup dengan itu, akaun UMNO Johor dan beberapa akaun ketua bahagian turut dibekukan. Yang hairannya orang macam Lim Guan Eng yang sudah tentu-tentu sedang dibicarakan tapi boleh pula dihentikan,” ujar beliau ketika berucap di mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pontian, hari ini.

Tambah beliau, segala tindakan yang dikenakan terhadap UMNO sebenarnya adalah cubaan untuk melemahkan semangat ahli namun beliau penuh yakin akar umbi akan tetap bersama parti di kala susah dan senang.

“Sebab itu kita lihat usaha untuk mengharamkan UMNO masih diteruskan tapi kita jangan lemah. Kita harus terus memperkasakan UMNO dan jangan ambil mudah.

“Sekarang ini memang benar Pakatan Harapan (PH) sedang bercakaran sesama sendiri tapi kita jangan berasa selesa.

“Kita jangan ambil peduli hal mereka… kita tumpukan pada parti kita untuk memastikan UMNO kembali menawan negeri Johor, negeri kelahiran parti keramat ini,” tegas beliau.

 MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: