PONTIAN, 03 Mac – Dalam ucapan amanat Timbalan Presiden UMNO di Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian 2019 hari ini, beliau menyentuh berkenaan halatuju dan strategi yang perlu difikirkan oleh orang UMNO. “Kita perlu menyusun strategi elok-elok kerana kita beradat terang-terang, berunding dalam gelap, langkah kita jangan dihidu dan dibaca oleh orang, apa jua yang kita buat, kita simpan dalam poket elok-elok”.
Menyentuh soal strategi, Tok Mat menitikberatkan betapa pentingnya ilmu. “Semua orang ada ilmu tapi jika tidak guna petua akhirnya langkah mereka tidak betul. Ini kerana ilmu dan petua sahaja tidak cukup tetapi harus selari dengan strategik”.
Ujar Timbalan Presiden UMNO itu, rahmatnya kita kalah pada PRU-14, Allah SWT menyatukan kita antara UMNO dan PAS. “Rahmatnya adalah syukur ke atas nikmatnya, jangan kita melihat masalah itu sebagai satu masalah yang berat, kita perlu melihat masalah itu sebagai satu peluang, peluang untuk kita bangkit semula”.
Dalam usaha penyatuan UMNO dan PAS ini, beliau memberi perumpamaan “Elok kita gaul, elok kita bancuh ramuan penyatuan ummah, menanglah kita PRU-15, kalau kita tidak susun strategik dengan baik, makna ia tidak bermakna”.
Tok Mat dalam ucapannya telah menggambarkan situasi ekonomi negara kita sekarang. “Hari ini ekonomi negara kita jatuh, sudah tiga kali diperiksa ekonomi negara kita semakin merudum dan kemungkinan besar kita tidak dapat mencipta pertumbuhan ekonomi dalam negara”. Seloroh beliau lagi, “Mereka seperti monyet dapat bunga, kerana dapat kerajaan tak tahu nak buat apa, tiada dasar dan inisiatif apa pun”.
Beliau turut menyentuh tentang perlunya ada usaha memperkasakan parti. “Ia bukan sebuah parti yang ditubuhkan di tepi jalan, bukan kerana orang kecewa, bukan kerana nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, tetapi UMNO ini ditubuhkan di Istana Johor.
Justeru itu, beliau berharap orang UMNO terus muafakat. “Janganlah kita bersengketa, janganlah kita berbalah sesama kita, bermuafakatlah kita hari ini, maka selamatlah kita di masa hadapan”. Beliau turut meminta orang UMNO untuk terus fokus kepada tujuan utama untuk menjatuhkan Pakatan Harapan pada PRU-15 akan datang.
#UMNOJohorBangkit #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit #kitasamasama
Leave a Reply