OPERASI LYNAS DITERUSKAN AKIBAT HUTANG JEPUN ADALAH “JAWAPAN TIDAK CERDIK” – PEMUDA JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Semalam, Ahli Parlimen Kuantan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah Salleh menuduh hutang Jepun sebagai punca operasi Lynas Corporation Bhd terpaksa diteruskan. Adalah suatu jenaka tidak cerdik yang beliau lakukan dengan menyalahkan hutang yang dibuat kerajaan mereka sendiri dengan suatu isu yang boleh kerajaan mereka sendiri putuskan.

Fuziah antara Ahli Parlimen yang bersungguh-sungguh dan lantang mengkritik Lynas. Hari ini kenyataannya berubah. Hal ini menunjukkan beliau seorang yang tidak bertanggungjawab ‘munafik’ dan hipokrit.

Kenyataan demi kenyataan beliau setelah menjadi kerajaan telah berubah 360 darjah. Dahulunya mengatakan Lynas berbahaya, membahayakan kesihatan serta mencemarkan alam. Oktober 2018 lalu beliau menyatakan dengan meneruskan Lynas menunjukkan kerajaan PH mesra alam. Apakah dia ini sudah hilang kewarasan? Dia sendiri boleh lihat sendiri apakah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Heroin Alam Sekitar ini nampaknya tidak pernah serik dan belajar daripada kesilapan. Apakah orang yang sebegini layak memimpin sebuah kementerian? Memalukan diri sendiri, keluarga dan pengundi Kuantan sendiri. Pelbagai macam alasan dan kenyataan digunakan untuk menghalalkan Lynas.

Dia lupa apa yang dia lakukan sebelum ini, memfitnah dan memburukkan kerajaan sebelum ini tentang perkara Lynas. Hari ini dia menerima padahnya apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya.

Hutang Jepun yang dipinjamkan kepada Malaysia tidak sepatutnya dipersalahkan dalam apa-apa isu dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada waktu ini. Sekarang ini, hutang Kerajaan Malaysia telah meningkat sebanyak RM 776 billion daripada RM 686 billion tidak sampai 500 hari PH memerintah. Hutang kerajaan melalui bon ini juga dipersetujui oleh Perdana Menteri mereka. Apakah dia sudah lupa?

Sepatutnya, YB Fuziah perlu memahami asas radioaktif itu sendiri sebelum melaksanakan kempen anti-Lynas sewaktu beliau menjadi pembangkang. Nadir bumi, bukanlah bahan yang mempunyai sifat radioaktif yang tidak terkawal. Syarikat Lynas Corporation Ltd. Juga memberi jaminan bahawa sisa tidak akan menjejaskan persekitaran kerana pengurusan sisa yang dikeluarkan oleh kilang Lynas ini dikawal dengan sangat rapi serta menepati standard antarabangsa.

Kempen anti-Lynas adalah kempen yang memakan diri sendiri kerana beliau tidak memahami asas radioaktif itu sendiri. Apabila menjadi kerajaan pada hari ini, beliau menuduh operasi kilang Lynas terpaksa diteruskan akibat hutang dari Jepun yang mereka sendiri cipta.

Begitu juga apa yang telah berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Kerajaan Pakatan Harapan masih gagal mencari jalan penyelesaian untuk kes ini. Isu pencemaran yang berlaku, yang disalahkan adalah burung merpati. Pelik, tapi itulah kenyataan yang dilakukan kerajaan hari ini.

Akhirnya, YB Fuziah telah gagal sebagai seorang ahli parlimen, seorang timbalan menteri dan seorang warganegara Malaysia. Kembalilah ke pangkal jalan. Belajarlah daripada kesilapan. Tiga perkara tentang perkara ini yang beliau perlu faham dan belajar iaitu pertama, memahami erti sebenar radioaktif. Kedua, memahami perbezaan antara hutang negara dan isu alam sekitar. Dan ketiga, usah memfitnah orang lain tanpa bukti. Ianya makan diri!

MOHD HAIRI MAD SHAH

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: