HISHAMMUDDIN ASET UMNO JOHOR

KLUANG, 9 Ogos – Petang tadi telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong yang telah dirasmikan oleh Datuk Ir Haji Hasni Mohammad bertempat di Dewan Komuniti Sembrong.

Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah pemimpin-pemimpin UMNO dari Johor dan luar Johor. Majlis itu turut disertai oleh kepimpinan parti MIC dan MCA serta diserikan lagi dengan kehadiran kepimpinan PAS.

Berucap di hadapan lebih 500 orang dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan mengapa beliau memilih Hasni sebagai perasmi. Pertamanya adalah kerana beliau bukan pemimpin sembarangan. Beliau (Hasni) pemimpin parti yang mempunyai kekuatan, keupayaan dan kelebihan yang tidak boleh kita nafikan.

“Amanah yang beliau terima ini bukannya mudah untuk dipikul. Bayangkanlah, belum pernah mana-mana pemimpin sebelum ini yang terpaksa memimpin parti dalam keadaan UMNO tewas di Johor. Namun inilah kelebihan dan kekuatan Datuk Hasni, sentiasa berjiwa besar serta tidak gentar pada cabaran”. Ujarnya.

Menurut Hishammuddin lagi, Hasni telah membuktikan bahawa setiap tanggungjawab dan tugasan yang diamanahkan kepada beliau, mampu dilaksanakan dengan cemerlang. Inilah yang beliau buktikan sewaktu menjadi Ahli Parlimen Pontian. Ini dapat dibuktikan lagi sewaktu Hasni menjadi Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Negeri Johor pada penggal lepas, tambah beliau.

Keduanya adalah kerana Hasni merupakan sahabat saya (Hishammuddin) sejak lebih 25 tahun lepas. “Saya masih ingat lagi, pada tahun 1993, sewaktu saya Ketua Pemuda Bahagian Ledang, saya sering bekerjasama dengan Datuk Hasni yang ketika itu Ketua Pemuda Bahagian Pontian. Malah, cerita perjuangan kami dalam parti ini berterusan bilamana Datuk Hasni menjadi salah seorang Exco Pemuda UMNO yang banyak membantu saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada ketika itu dan pernah melantik beliau sebagai Setiausaha Politik saya yang pertama ketika saya di Kementerian Belia dan Sukan dahulu”.

Hishammuddin dalam ucapan alu-aluannya turut menyentuh Penyatuan UMNO Johor. Beliau sedar bahawa UMNO Johor pada saat dan ketika ini teruji.

“…diiuji dengan kekalahan buat pertama kalinya dalam pilihanraya. Diuji dengan kedangkalan Kerajaan Negeri yang semakin haru biru. Dan diuji untuk meyakinkan semula rakyat Johor agar kembali menyokong parti keramat kita ini”.

Hishammuddin menyebut peri pentingnya semangat kebersamaan, setiakawan dan kesatuan. Beliau turut berjanji akan terus perkukuhkan azam dan tekad serta akan terus kuatkan semangat dan akan terus melangkah ke hadapan tanpa sedikitpun rasa ragu dan gentar. “Yakin dan percayalah, sebagai salah seorang ahli UMNO Johor, saya akan lakukan apa sahaja yang termampu untuk memperkuatkan parti keramat kita ini!”, tegas beliau.

Antara perkara lain yang digerakkan oleh Hishammuddin dalam membantu parti UMNO ialah meyakinkan seramai mungkin sahabat-sahabat seperjuangan untuk kekal bersama-sama dalam parti UMNO ini serta sentiasa mencari jalan untuk membantu mengukuhkan semula parti.

“Saya juga berpesan kepada mereka, selagi kita semua rapatkan semula barisan, selagi itulah kita semua akan berupaya mengharungi detik sukar ini dengan baik. Alhamdulillah, berkat keizinan dan redha-Nya, Allah SWT telah memakbulkan doa saya”.

“Niat saya baik, kerja saya murni. Namun sayangnya, masih ada segelintir mereka yang masih di takuk lama, masih dengan amalan politik kebencian. Masih dengan amalan politik fitnah. Malah masih lagi dengan amalan politik tanpa had dan sempadan. Sehinggakan, mereka yang berfikiran sempit seperti ini, sanggup menyerang saya dengan pelbagai fitnah, tuduhan dan tohmahan”, luah Hishammuddin.

Insaf-insaflah, itu antara pesan Ketua UMNO Bahagian Sembrong. “Kembalilah kepada tuntutan sebenar parti. Kembalilah kepada ajaran pemimpin-pemimpin terdahulu. Dan kembalilah kepada asas, iaitu perjuangan politik nilai dan makna yang menuntut kita bersopan, bertertib, bersederhana, bersetia, berpasukan, bersatu, beramanah, bertanggungjawab, bertiangkan agama dan bersendikan adat dalam setiap tindakan kita. Berpesanlah kepada mereka yang masih dengan sikap mahu memecahbelahkan parti ini”.

Nasihat beliau lagi, politik pecah belah bukannya tuntutan parti. Ia bukan ajaran pemimpin terdahulu. Dan ia bukan amalan orang Melayu khususnya di Johor ini. Jadi, kalau ada pun perkara-perkara yang kita tidak sehaluan, kembalilah kepada amalan Melayu Johor yang pernah disebut oleh Usman Awang :

Berkelahilah Cara Melayu,

Menikam Dengan Pantun,

Menyanggah Dalam Senyuman,

Marahnya Dalam Tertawa,

Merendah Bukan Menyembah,

Meninggi Bukan Melonjak.

Dalam pada itu juga, Hasni menyatakan bahawa kegagalan menghayati keikhlasan seorang pemimpin akan menyebabkan UMNO hilang pemimpin-pemimpin wibawa, dan akhirnya merugikan UMNO.

“Berbalik kepada sejarah lalu, kita telah kehilangan pemimpin-pemimpin kebangsaan daripada Johor seperti Tun Musa Hitam dan Tan Sri Muhyidin Yassin. Dan apabila pemimpin-pemimpin Johor seperti Hishammuddin Tun Hussein ‘ditekan’ sedemikian rupa, maka ahli-ahli UMNO Johor akan terasa” ujarnya lagi.

Dalam pada itu juga, beliau menyatakan bahawa UMNO perlu melahirkan dan meletakkan pemimpin-pemimpin yang diyakini oleh masyarakat Melayu dan keseluruhannya. Dan sebab itu, dengan tegas Hasni menyatakan UMNO di Johor akan terus menyokong dan mempertahankan Ahli Parlimen Sembrong itu daripada tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya, yang tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menjatuhkan karier politiknya.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong ini telah dirasmikan oleh Datuk Ir Haji Hasni Mohammad, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Tahniah UMNO Sembrong !

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit #kitasamasama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: