Pimpinan & Penyokong Kerajaan Kian Dedah Kelemahan Sendiri

1. Sejak kegagalan matlamat ‘townhall’ yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor berkenaan isu pencemaran Pasir Gudang pada Ahad (4 Ogos 2019) yang lalu, nampaknya makin ghairah Menteri Besar Johor Dr. Sahruddin Jamal & para penyokong beliau mencari ‘kambing hitam’ untuk dikorbankan. (Walaupun di Perak, parti Menteri Besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia – Bersatu Johor berjaya menjadikan komputer riba sebagai jelmaan kepada lembu sembelihan korban).

2. Ini semua dilakukan bagi menutup segala kelemahan mereka menangani isu sebenar Pasir Gudang secara jujur dan tuntas.

3. Maklum balas yang diterima, kebanyakan mereka yang hadir ke sesi ‘townhall’ berkenaan masih tidak yakin dengan janji-janji, jaminan serta komitmen yang dizahirkan oleh Menteri Besar untuk memastikan pencemaran di Pasir Gudang tidak berulang. Mangsa juga tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak berwajib.

4. Tidak hairanlah ramai yang meninggalkan majlis ketika program sedang berlangsung. Selain itu, ramai yang pulang dari program dengan tidak membawa apa-apa nilai tambah, mahupun maklumat terkini untuk dikongsi dengan masyarakat.

5. Namun apa yang sebenarnya lebih mengecewakan adalah – apabila ada bekas pimpinan kerajaan negeri dengan tegas dan berani membuat tuntutan mengenai isu pencemaran di Pasir Gudang berasaskan fakta dan berlandaskan perkara sebenar yang berlaku di lapangan, mereka yang bertanggung jawab (khususnya penyokong Dr. Sahruddin Jamal) memilih untuk tidak menjawab perkara yang dibangkitkan dengan penjelasan, apatah lagi fakta.

6. Memang menjadi resam dalam mana-mana teori dan seni peperangan, tatkala kita sedang berada dalam keadaan yang layu, longlai dan lemah, kita sering kali akan berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian musuh dan umum, dengan mendedahkan keburukan dan menyerang musuh secara peribadi.

7. Andai kita berada dalam keadaan yang tegap dan kuat, kita dengan mudah mampu patahkan satu per satu hujah musuh dengan fakta dan penjelasan yang rasional. Sudah pasti cabaran debat terbuka dari Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang kepada Armada P159 Pasir Gudang untuk kupas isu ini diterima dengan hati yang terbuka.

8. Dr. Sahruddin Jamal dan penyokong beliau dengan sengaja mengelak untuk menjawab isu sebenar permasalahan yang dibangkitkan, malah cuba membangkitkan sentimen dan mewujudkan persepsi lain, dengan tujuan untuk menganggu tumpuan serta fokus isu sebenar. Walhal, mereka kini berada di tampuk pemerintahan dan berkuasa untuk melakukan apa sahaja sebagai kerajaan.

9. Inilah sebenarnya taktik yang sedang dimainkan oleh para penyokong Menteri Besar Dr. Sahruddin Jamal.

10. Ini kerana mereka kian sedar yang mereka sendiri sedang berdepan dengan krisis kepercayaan dan ‘trust deficit’ dalam kalangan rakyat terbanyak dengan pelbagai isu. Mereka sedar yang sokongan rakyat tidak lagi bersama mereka.

11. Apa yang berlaku di Pasir Gudang hanyalah salah satu daripada banyak isu dan permasalahan rakyat. Politik dalaman parti PPBM dan Pakatan Harapan Johor sebenarnya menganggu fokus kerajaan negeri mentadbir dengan berkesan. Satu demi satu pengumuman mengenai dasar terpaksa ‘u-turn’. Mereka gagal menjadi perantara yang berkesan antara Istana Johor dan kerajaan Persekutuan.

12. Apa yang lebih malang, selepas lebih setahun Pakatan Harapan di Johor memerintah, tiada agenda khusus pembangunan ekonomi negeri Johor, apatah lagi perancangan bagi mengatasi banyak permasalahan rakyat berkaitan kos sara hidup, pekerjaan, perumahan dan sebagainya.

13. Kepada rakyat Pasir Gudang dan Johor umumnya, teruskan bersuara dan mendesak. Jangan sesekali putus asa perjuangkan apa yang anda semua percaya.

14. Kepada para penyokong Menteri Besar dan parti mereka, teruskan dengan taktik dan modus operandi kalian dengan bersandarkan fitnah, keburukan, sentimen dan persepsi kerana ini akan menunjukkan kalian sememangnya lemah dan tidak berguna.

15. Kita semua tahu rakyat Johor bijak dan pastinya boleh menilai.

Sumber:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: