1. Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah membuat satu laporan polis ke atas Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi(黃書琪)atas kebiadapan beliau menghina kedudukan serta martabat tulisan Jawi. Kebiadapan beliau terakam dalam satu petikan video yang tular dalam sosial media sejak semalam (11 Ogos 2019).
2. Dalam video berkenaan, Shu Qi jelas telah menghina martabat tulisan Jawi dengan menggunakan contoh penggunaan tulisan Jawi dalam bahan-bahan lucah. Di samping itu, Shu Qi juga dengan jelas melabelkan orang Islam sebagai pelampau atau ekstremis.
3. Oleh itu, laporan polis ini dibuat dengan 2 tujuan:-
a) Bagi mendesak pihak polis untuk segera melakukan siasatan ke atas Ahli Parlimen berkenaan bagi mengenal pasti motif dan tujuan sebenar ucapan berkenaan tulisan Jawi itu dibuat
b) Kerana bimbang ucapan beliau tersebut bakal membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan bimbang kata-kata beliau tersebut bakal menganggu gugat keharmonian antara kaum rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
4. Adalah menjadi sesuatu yang amat dikesali apabila kata-kata sebegitu keluar dari mulut seorang Ahli Parlimen. Namun hikmahnya, ia menunjukkan wajah serta sifat sebenar DAP dan pemimpinnya sangat-sangat anti-Melayu & anti-Islam.
5. Melalui laporan polis ini juga, pihak berkuasa tidak ada alasan untuk tidak melakukan siasatan ke atas Shu Qi. Tidak ada tempat untuk pemimpin yang chauvinist dan mengamalkan perkauman seperti Shu Qi. Polis perlu bertindak.
6. Sehingga kini, beberapa laporan polis susulan juga telah dibuat di beberapa tempat lain di negeri Johor termasuklah di Kluang dan Sembrong.
Sumber:
Leave a Reply