ARABISASI VS BARATISASI BUDAYA MELAYU

JOHOR BAHRU, 13 Ogos – Kekayaan budaya Melayu tidak boleh dinafikan. Ia merupakan kulminasi ratusan tahun budaya pelbagai suku yang membentuk sebuah bangsa. Tarian, makanan, permainan, pakaian serta adat Melayu amat unik dan sentiasa menjadi tarikan pelancong asing.

Namun, seperti budaya bangsa-bangsa lain, budaya Melayu juga semakin terhakis ditelan arus kemodenan. Kerisauan kian memuncak saban tahun namun ia gagal diterjemahkan kepada pelestarian yang proaktif dan efektif. Sebaliknya, lebih banyak tudingan yang dibuat oleh tokoh-tokoh yang kononnya pejuang budaya.

Isu pengenalan Khat di sekolah yang diumumkan kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai perdebatan.

Namun yang paling memeranjatkan ialah isu ini telah sekali lagi menimbulkan polemik “Arabisasi” budaya Melayu. Lebih mengecewakan ialah perkara ini ditimbulkan oleh orang-orang Melayu sendiri. Ini bukan kali pertama dikatakan budaya Melayu semakin dalam bahaya disebabkan fenomena “Arabisasi”.

Jubah, kopiah putih penggunaan perkataan-perkataan bahasa Arab (seperti Eid Mubarak menggantikan Selamat Hari Raya dan Sanah Helwah menggantikan Selamat Hari Jadi) serta banyak lagi.

Ada juga blog yang mempersoalkan mengapa keseksian kebaya kini ditinggalkan dan jubah pula dipilih. Lebih dangkal lagi pemikiran seorang penulis artikel yang disiarkan dalam sebuah portal berita apabila mengatakan pemakaian jubah sebagai proses Neo-Talibanisasi.

Dan terkini khat. Semuanya dijadikan faktor yang kononnya membahayakan kedudukan budaya Melayu.

Tapi mengapa “Arabisasi”?

Sekian lama negara dan budaya Melayu di “Baratisasi” (Westernisation) tapi tidak pula dihebohkan dan dikecam. 

Kot dan tali leher budaya mana? Baju ketat sendat budaya mana? Stail rambut Qaza’ budaya mana? Tiup lilin pada kek harijadi? Lagu-lagu Melayu zaman sekarang? Drama-drama Melayu di televisyen hari ini? Dan berjela-jela senarai perkataan bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Inggeris? Adakah itu semua budaya Melayu?

Kenapa tidak Rais Yatim, Marina Mahathir, Zainuddin Maidin dan beberapa profesor serta blogger bijak pandai yang tegar mengkritik “Arabisasi” bangkitkan isu “Baratisasi” ini? 

Kenapa penggunaan busana dan perkataan Arab dikecohkan tapi pembasuhan minda secara sistematik oleh budaya barat dibiarkan? Suci sangatkah Sang Barat? Jijik sangatkah Si Arab?

Kenapa hanya “Arabisasi” pula yg dijadikan isu? Kenapa ada “double-standard”? Kenapa budaya barat boleh diterima tapi budaya Arab dianggap ancaman?

Hendak martabatkan budaya Melayu tapi silat dibiar mati. Wayang kulit dibiar pupus. Jawi kian dipinggirkan. Sepak raga makin dilupakan. Dondang Sayang digantikan dengan Hip Hop. Gasing pula sudah digantikan oleh Beyblade. 

Bila saja usaha memartabatkan budaya Melayu seperti pembelajaran khat dan jawi, ada saja puak Melayu yang layu melabelkan ia sebagai “Arabisasi”. Yang bukan Melayu pula menganggapnya sebagai Islamisasi.

Tanpa sedar, budaya Melayu telah lama mengalami pendoktrinan Barat hingga luar kawalan. Pendoktrinan minda bahawa Melayu bangsa yang lemah dan perlu mangadaptasi budaya Barat untuk dilihat maju telah menghakis jati diri anak bangsa.

Yang berjubah kopiah dianggap telah di”Arab”kan, tapi yang berjeans koyak dan topi sudu dianggap moden dan maju.

Aku berdarah campuran Arab. Aku lahir dan membesar di Malaysia. Aku bercakap bahasa Melayu. Aku boleh membaca dan menulis jawi. Ada hari aku berjubah, dan ada pula hari aku berbaju Melayu,  bersamping dan bersongkok. 

Aku tak me”Melayu”kan “Arab”ku dan meng”Arab”kan “Melayu”ku. 

“Arabisasi” bukan punca semakin lenyap budaya Melayu. “Baratisasi” lebih besar dan mendalam ancaman dan cengkamannya. Tapi yang paling membimbangkan, ramai anak Melayu sendiri yang meminggirkan budayanya.

Jubah dan khat tidak akan pernah meng”arab”kan sesiapa. Cina tetap Cina walau berjubah dan berkhat. India tetap India walau berjubah dan berkhat. Dan Melayu tetap Melayu walau berjubah dan berkhat. Asalkan jati diri teguh dengan budaya sendiri.

Jangan malu jadi Melayu.

Faiz Banafe

Pengerusi Pendidikan UMNO Bahagian Johor Bahru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: