Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang FELDA – Ahli Perniagaan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos –  Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.

“Secara tidak langsung, ini mengurangkan pelaburan dari segi pembangunan sumber manusia dan pendidikan,” jelasnya.

Yew Yin, ahli perniagaan berusia 83 tahun, dalam penulisan beliau di laman blog kendaliannya semalam berkata, Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia.

Menurut beliau, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

“80% perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk membiayai kos operasi dan sebahagian besar perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji serta pencen,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi. Antaranya untuk tidak mengambil pekerja baharu bagi mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam.

“Kerajaan perlu menyemak senarai pekerja di jabatan kerajaan dan pecat pekerja yang tidak diperlukan,

“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,” jelas Yew Yin.

Menurut Koon Yiew Yin, tenaga anggota tentera sewajarnya digunakan sektor perladangan.

Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan Dasar Ekonomi Baharu turut diperluaskan kepada masyarakat bukan Bumiputera.

“Memberi ruang kepada masyarakat bukan Bumiputera untuk terlibat dalam sektor awam dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan,

“Kerajaan perlu mengamalkan dasar meritokrasi untuk naikkan pangkat dan seharusnya mengupah guru dari pelbagai bangsa,” gesa ahli perniagaan itu.

Yew Yin turut berharap kerajaan Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengambil berat akan cadangan beliau.

Koon Yew Yin merupakan pelabur terkenal dan menjadi pemegang saham utama beberapa syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antaranya Jaks Resources Berhad, Dayang Enterprise Holdings Bhd, Toyo Ink Group Berhad serta Master-Pack Group Berhad.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak (SEAC) namun digugurkan dari jawatan berkenaan berikutan melakukan dakwaan sangat serius terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak pada November tahun lalu.

Koon Yew Yin sebelum ini pernah mendedahkan penglibatan beliau dalam membiayai parti komponen Pakatan Harapan. Foto: klinvestor.

Ketika mengalami krisis dengan kerajaan Perak, Yew Yin turut mendedahkan bahawa beliau pernah memberikan bantuan kewangan kepada empat parti komponen dalam PH, serta berkempen di beberapa lokasi dalam negeri Perak bagi memastikan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – Air Times

Sumber: https://www.airtimes.my/2019/08/13/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda-ahli-perniagaan/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: