ASKAR HANYA TIDUR MAKAN: KOON YEW YIN KURANG AJAR, MAT SABU BISU !

Saya membaca tulisan seorang taikun besar, seorang jutawan yang pernah mengaku menderma kepada Pakatan Harapan, Koon Yew Yin berhubung cadangannya agar saiz perkhidmatan awam di Malaysia dikecil serta tentera perlu diarahkan bekerja dengan FELDA bagi menggantikan pekerja asing.

Kenyataan biadap beliau ini bukanlah pertama kali dilakukan. Beliau juga merupakan individu yang telah menghina insitusi kesultanan negeri Perak di mana beliau telah menuduh bahawa terdapat amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak di awal pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak.


Tindakannya yang memfitnah serta mereka cerita buruk tentang Almarhum Sultan Azlan Shah kemudiannya telah membuka mata kerajaan negeri Perak dengan membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak oleh Menteri Besar pada tahun 2008.

Tidak cukup dengan itu, si biadap ini telah menuduh bahawa Sultan Nazrin Shah telah campur tangan dalam keputusan yang menyebabkan pelantikannya dibatalkan oleh kerajaan negeri Perak.

Kenyataan terbaru Koon Yew Yin yang ini sudah pastinya menimbulkan kemarahan serta rasa tidak puas hati masyarakat berbilang kaum di negara ini, terutamanya orang Melayu. Beliau nampaknya tidak pernah serik serta tidak berubah terhadap tindakan-tindakan beliau sebelum ini yang telah ‘menjahanamkan’ diri beliau sendiri.

Kelakuan beliau ini telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan perlu menerima hukuman yang sewajarnya dari pihak berkuasa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 ataupun melucutkan kewarganegaraannya.

Kenyataan “As you know, the arm forces personals are doing nothing except eating and sleeping. In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice. Some of them should replace the foreign workers in the FELDA plantations…”

Askar kita hanya tidur dan makan? Menembak pula tidak tepat di sasaran? Terlalu angkuh, sombong dan biadap seorang warganegara dengan mencaci, menghina perkhidmatan awam terutamanya barisan anggota pertahanan, keselamatan negara. Adakah wajar orang sebegini menjadi warga tanah air kita, Malaysia?

Keberanian Koon Yew Yin ini sebenarnya semakin meninggi pada era ini kerana menyedari ada payung besar sedang melindungi. Beliau juga pernah menyatakan dalam penulisannya iaitu, “I also have been physically and financially supporting DAP and Parti Amanah for many years. I also have been campaigning for the opposition in the last 2 general elections. As a result of these publicities, the previous Attorney General had branded me as a persona non grata. Three Income Tax officers from Kuala Lumpur raided my house and took away some files. The AG also instructed the Maybank Investment Senior Manager to withdraw the Rm 40 million margin facilities each for my wife and myself..”

Namun, lebih mendukacitakan kita Peguam Negara, Menteri Dalam Negari dan Menteri Pertahanan bisu, dungu serta tidak boleh kata apa-apa. Mat Sabu terutamanya perlulah menyatakan sokongan serta berdiri di hadapan askar dan tentera kita, tetapi sebaliknya beliau lebih rela tentera kita dihina, dimaki dan dicaci oleh rakan PH beliau sendiri. Alangkah jijiknya kita mempunyai individu yang tidak dapat menjadi penghadang sebaliknya menjadi pengkhianat terhadap bangsa dan negara sendiri.

Malaysia yang dari sejak sebelum kemerdekaan lagi telah menerima kemasukan warga China dan India ini sentiasa akan berusaha mengharmoni serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Jangan disebabkan kenyataan tidak bermoral sebegini ianya akan membangkitkan rasa perkauman di negara ini. Rakyat akan menjadi biadap sekiranya pemimpin sendiri tidak dapat menjadi pelindung yang baik terhadap rakyat.

Sudah pastinya selepas ini, tentera kita tidak akan menghormati menteri mereka sendiri kerana nasib mereka tidak dibela sebaiknya, hanya manis dibibir apabila berkata-kata tetapi tiada bukti yang menyokong manisnya percakapan itu. Berhenti sajalah dari menjadir akyat yang berpura-pura. Hulurkanlah kesetiaan kepada negara ini.


JONI MUHAMAT BIN YAHYA
PENOLONG BENDAHARI PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: