“SAYA KECEWA, SEDIH DAN MARAH” TERHADAP KENYATAAN KOON YEW YIN PADA ATM

KUALA LUMPUR, 14 OGOS – Saya amat kecewa, sedih dan marah dengan kenyataan Koon Yew Yin yang menuduh anggota ATM kita hanya makan dan tidur. Sedangkan selama ini anggota ATM lah yang bersengkang mata serta mencagarkan nyawa dan darah demi memastikan kita dapat terus hidup dalam suasana negara yang aman, selamat dan sejahtera.

Anggota ATM lah yang mempertahankan sempadan tanah air, mengekang pencerobohan kumpulan-kumpulan ekstremis di kawasan ESSCOM dan menghalang penularan ideologi ISIS. Malah, setiap kali kita berhadapan dengan bencana besar seperti banjir di Kelantan dan Pulau Pinang serta pencemaran Sungai Kim Kim, anggota ATM jugalah yang paling awal tampil memberi bantuan. Walhal, itu bukan tugas hakiki ATM. Namun atas dasar tanggungjawab dan kecintaan terhadap negara, mereka sanggup berkorban apa sahaja.

Itu belum termasuk kejayaan-kejayaan ATM yang saya sendiri saksikan sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Antaranya, keterlibatan ATM dalam misi keamanan dan kemanusiaan di seluruh dunia. Justeru, jika kesemua bukti ini tidak menunjukkan pengorbanan, kesungguhan dan keupayaan anggota ATM, apa lagi yang Koon Yew Yin harapkan?

Saya juga tertanya-tanya di mana suara Menteri Pertahanan dalam membela dan mempertahankan warga ATM di saat mereka dihina dan diperlekehkan. Mat Sabu seolah-olah mengiyakan kenyataan Koon Yew Yin. Malah, Timbalan beliau, Liew Chin Tong juga hanya mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan peranan ATM tetapi langsung tidak mengkritik pendirian Koon Yew Yin.

Lebih membimbangkan, mereka dilihat lebih rapat dan cenderung dengan pemimpin radikal komunis. Koon Yew Yin mengaku pernah berjumpa Chin Peng di Bangkok. Mat Sabu juga pernah mengangkat Mat Indera, pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Sekiranya perkara seumpama ini berterusan dan tiada tindakan yang diambil, ia akan menggugat keharmonian, kesejahteraan negara dan mewujudkan kekecewaan yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walau apa jua keadaan, jangan sesekali warga ATM menyerah mahupun tunduk kepada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas oleh pihak yang cuba mengancam integriti warga ATM. Teruskan khidmat bakti dan perjuangan dalam memelihara kedaulatan tanah air. Saya akan tetap berdiri teguh bersama anggota ATM dan mendoakan agar segala usaha anggota ATM diberkati dan dirahmati. Teruskan perjuangan!

Hishammuddin Hussein

14 Ogos 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: