Mohamad desak Maszlee letak jawatan

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendesak supaya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik meletakkan jawatan ekoran kegagalan memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu dalam isu pelaksanaan tulisan Jawi. 

Jelas Mohamad, Menteri Pendidikan mempunyai tanggungjawab Perlembagaan bukan sahaja memperjuang dan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu tetapi turut memperkukuhkannya.

“Anda telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan ini. Saudara mesti mengambil pertanggungjawaban atasnya. 

“Saudara tahu apa yang wajar dilakukan dan demi tanah air ini, saya mendesak saudara berundur dengan hormatnya,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini. 

Mohamad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau sementara itu berkata, keputusan Kabinet Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular tetapi hanya setelah mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah paling tidak munasabah. 

“Ini adalah keputusan paling tidak munasabah, tiada rasionalnya dan tidak selari dengan semangat Perlembagaan, ia adalah jalan mati untuk Jawi dalam sistem sekolah tersebut. Melihat sikap chauvinis pendukung sekolah vernakular dalam isu ini, tiada PIBG yang akan memberikan persetujuan untuk ia dilaksanakan. 

“Di mana rasionalnya kurikulum Kementerian Pendidikan memerlukan persetujuan PIBG untuk di laksanakan. Apa peranan PIBG dalam memenuhi objektif pembelajaran dan pengajaran?,” soalnya lagi.

Menurut Mohamad, keputusan Kementerian Pendidikan tersebut juga telah menyakinkan semua pihak bahawa isu tulisan Jawi ini adalah sandiwara PH untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu hakiki yang menghantui tanah air sekarang ini.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin jadi juara kepada orang Melayu sementara DAP pula mahu dilihat sebagai pejuang sebenar kepentingan bangsa Cina. Kedua-dua gagal dalam pementasan mereka kali ini.

“Akhirnya yang menang ialah Dong Jiao Zong, pertubuhan yang digelarkan rasis oleh Perdana Menteri. Desakan Dong Jiao Zong telah menyebabkan tersungkurnya semua anggota jemaah Menteri dalam mempertahankan wibawa sistem Pendidikan Nasional,”katanya.

Menurut Mohamad lagi, tidak pernah terjadi dalam sejarah pendidikan negara, sistem pendidikan dipolitikkan seperti apa yang telah berlaku.

“PH telah tunduk kepada desakan Melayuphobia dan Islamophobia yang dijuarai oleh DAP dan penaungnya, Dong Jiao Zong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber:

https://m.utusan.com.my/berita/politik/mohamad-desak-maszlee-letak-jawatan-1.955536

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: