Susulan foto laporan polis yang viral yang membabitkan seorang pemimpin PKR yang didakwa mengugut seorang peniaga di kawasan Taman Impian Emas, Skudai, dilihat sebagai suatu perkara yang tidak harus berlaku dalam era Malaysia Baharu.
Manakan tidak, ia seolah-olah mencemar tema kemerdekaan negara pada tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. Inikah yang dinamakan Malaysia Bersih❓
Berdasarkan kepada laporan polis tersebut, pemimpin PKR yang memegang jawatan sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Iskandar Puteri itu telah mengugut dengan meminta bayaran wang perlindungan bulanan sebanyak RM 5000 sekiranya mahu berniaga di kawasan Taman Impian Emas. Bayaran tersebut kononnya dibuat atas tujuan untuk mengelakkan daripada diganggu oleh pihak PBT dan kongsi gelap.

Daripada isi laporan polis itu juga, sekiranya mangsa tidak dapat membayar wang sebanyak RM 5000, pemimpin PKR tersebut akan menggunakan kuasa ahli MBIP di kawasan tersebut untuk melarang pengadu berniaga di kawasan tersebut.

Ahli Majlis di kawasan Taman Impian Emas yang dimaksudkan ialah Saudara K.Alaganthiran yang merupakan Ketua Anak Muda Keadilan Iskandar Puteri.
KEJAM BUKAN❓

Lihat FB:
Ketua Cabang Keadilan Rakyat Iskandar Puteri, https://www.facebook.com/yoges.waran.35
Ketua Anak Muda Keadilan Iskandar Puteri merangkap Ahli Majlis Zon Impian Emas, https://www.facebook.com/alagen.krishnan
https://www.facebook.com/1908682249247141/posts/2279776772137685?sfns=mo
#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit
Leave a Reply